Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Idea Gubahan Bunga Orkid Sebagai Hiasan Rumah
    DIY

    Idea Gubahan Bunga Orkid Sebagai Hiasan Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 6, 2020Updated:January 12, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil gubahan
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Tidak semestinya untuk mencantikkan sudut rumah, kita perlu membeli berpasu-pasu bunga yang harganya agak mahal. Kita juga boleh melakukannya dengan cara sendiri yang lebih mudah dan murah iaitu menggubah sendiri bunga untuk dijadikan hiasan rumah. Seorang blogger dengan nama Anajingga telah berkongsi idea gubahannya menggunakan bunga orkid hiasan dengan kos dalam RM 100 lebih sahaja.

    DIY Bunga Orkid Hiasan

    Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
    – Beberapa tangkai bunga orkid dari Romantika. Bilangannya terpulang pada pilihan masing-masing mengikut saiz gubahan yang dimahukan
    – Daun bunga orkid berharga RM 4 ++ dari Romantika (satu paket mempunyai 3 keping daun yang bercantum)
    – 2 plastik lumut kering
    – Daun hiasan tambahan (jika perlu)
    – Batang buluh atau plastik kecil sebagai pengukuh tangkai orkid
    – Dawai pengikat dari kedai barang hantaran atau kedai bunga
    – Gam putih dari kedai buku
    – Pasu
    – 2 ketul span kering
    VIEW IN GALLERYbahan yang diperlukan 2
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 1
    Potong span kering mengikut saiz pasu dan isikan sehingga memenuhi permukaan pasu.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 2
    Sapukan gam putih dan ratakan di atas seluruh permukaan span.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 3
    Taburkan seluruh permukaan pasu dengan lumut dan biarkan sehingga kering.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 4
    Pacakkan 4 tangkai bunga orkid pada 4 penjuru di bahagian tengah pasu, atau mengikut pada idea gubahan masing-masing.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 5
    Gunakan dawai halus untuk mengikat tangkai bunga orkid bersama dengan buluh kecil atau batang plastik untuk memastikan tangkainya berdiri kukuh dan mudah untuk dilenturkan bunganya. Ini kerana tangkai bunga orkid adalah ringan.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 6
    Pada bahagian permukaan pasu, letakkan dan susun daun orkid sehingga memenuhi ruang permukaan. Untuk mencantikkan lagi gubahan, boleh menambah daun-daun hiasan lain mengikut citarasa masing-masing.
    VIEW IN GALLERYcara gubahan orkid step 7
    Akhir sekali, lenturkan bunga orkid mengikut cara yang diinginkan, dan letakkan pada sudut rumah yang sesuai.
    VIEW IN GALLERYhasil gubahan
    Maka siaplah gubahan Bunga Orkid Hiasan yang sangat cantik ini. Boleh menambah seri hiasan dalaman rumah anda
    Kredit: Anajingga dot com
    idea gubahan bunga idea hias rumah tips jimat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNak Nampak Kreatif Hias Rumah Tapi Dengan Bajet Rendah? Ikut Tips Ini
    Next Article ‘Mengidam’ Frame Harga Beribu, DIY Sendiri Je Guna Modal RM 60

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.