Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Nak Nampak Kreatif Hias Rumah Tapi Dengan Bajet Rendah? Ikut Tips Ini
    Idea Dekorasi

    Nak Nampak Kreatif Hias Rumah Tapi Dengan Bajet Rendah? Ikut Tips Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 6, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Bila membincangkan tentang dekorasi ni, pasti ada yang mengeluh kerana menganggap untuk mendapatkan hasil deko yang cantik, bajet pun kena banyak dikeluarkan. Perkara ini tidak tepat kerana dengan bajet yang rendah pun kita boleh memiliki deko rumah yang menarik dan lawa. Macam mana? Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Kak Yus berkongsi 3 tips bagaimana untuk menghias rumah dengan kreatif menggunakan bajet yang rendah.
    3 tips ini boleh diaplikasikan kepada semua jenis rumah tidak kira besar atau kecil, kos rendah atau mahal. Yang penting, imaginasi dan kreativiti tuan rumah diperlukan untuk menghasilkan deko yang kreatif.
    1. CERIAKAN DINDING YANG KOSONG
    Selain cat dan wallpaper, anda boleh menampal dekorasi dinding bercorak 3D untuk menunjukkan sisi yang berbeza pada dinding rumah. Ia juga mempunyai pelbagai rekabentuk yang menarik dan mudah untuk ditanggalkan jika anda ingin menukar corak yang baru.
    VIEW IN GALLERY
    Sekiranya anda seorang yang suka melancong, boleh lekatkan peta pada dinding dan tandakan tempat-tempat yang sudah dilawati.
    VIEW IN GALLERY
    Contoh peta minimalis yang menggunakan ‘vinyl sticker’
    Pamerkan hasil seni tangan anda pada dinding sekiranya anda seorang yang berbakat dalam seni. Mana tahu ada yang berminat untuk mengupah anda untuk menghias rumah mereka.
    VIEW IN GALLERY
    Penuhi dinding dengan hiasan gambar berbingkai sama ada foto keluarga, koleksi kegemaran dan lain-lain lagi.
    VIEW IN GALLERY
    2. TAMBAHBAIK PERABOT
    Daripada membeli perabot baru, anda boleh mengubah penampilan mereka kepada yang baru. Contohnya, membuat atau menukar sarung baru pada kerusi atau bangku.
    VIEW IN GALLERY
    Hiasi perabot atau sarung kusyen anda yang kosong dengan menambah pelbagai corak atau warna-warna ceria dengan menggunakan alatan seperti sequin atau kain perca.
    VIEW IN GALLERY
    3. RECYCLE BAHAN-BAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN
    Jangan dibuang koleksi buku terutamanya jenis hard cover kerana ia boleh berfungsi sebagai sebuah meja sisi. Hanya susunkan buku-buku itu secara menegak.
    VIEW IN GALLERY
    Majalah-majalah lama pula boleh dijadikan sebagai bangku dengan menyusun dan mengikat mereka.
    VIEW IN GALLERY
    Gunakan penyangkut baju untuk menggantung buku-buku. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Kak Yus
    idea deko rumah tips bajet murah tips hias rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Pokok Pisang Hiasan Guna Barang RM 2 Je
    Next Article Idea Gubahan Bunga Orkid Sebagai Hiasan Rumah

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.