Idea Kitar Semula Laci Terpakai Menjadi Rak Dapur Secara DIY

Mohon share tanda suka

Bagi sesiapa yang mahukan sebuah rak untuk menyimpan peralatan-peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, boleh mencuba idea DIY ini dengan mengitar semula laci terpakai atau terbuang. Bukan sahaja menjadi rak simpanan, tetapi sebagai penghias ruang dapur kerana hasilnya yang cantik. Boleh lihat dan rujuk langkah-langkah yang disediakan di bawah.

VIEW IN GALLERY

Laci terpakai yang sudah rosak. Hanya gunakan papan bahagian kiri, kanan dan belakang kecuali bahagian hadapan kerana ianya bukan kayu solid, tetapi campuran habuk dan papan.

VIEW IN GALLERY

Laci terpakai dan papan sebanyak 4 keping untuk membuat pintu rak.

VIEW IN GALLERY

Gunakan gam kayu dari kedai hardware untuk gamkan papan pintu rak. Biarkan dalam anggaran 4 jam.

VIEW IN GALLERY

Apabila gam sudah kering dan kuat, boleh lekatkan paku tembak atau staple yang digunakan khas untuk perabot. Sekiranya tiada alatan tersebut, boleh gunakan bracket seperti di atas. Ketuk bracket sampai rata dan pakukan ke cantuman papan untuk mengukuhkan lagi ketahanan pintu.

VIEW IN GALLERY

Boleh gosokkan permukaan kayu menggunakan kertas pasir untuk lebih licin supaya memudahkan kerja untuk mengecat.

VIEW IN GALLERY

Guntingkan chicken wire atau dawai mata punai (dari kedai hardware) mengikut saiz pintu dan staplekan.

VIEW IN GALLERY

Pasangkan plywood di bahagian belakang dan papan rak mengikut kesesuaian pada laci seperti di atas. Buat ukuran dan tanda, kemudian pakukan.

VIEW IN GALLERY

Cat menggunakan cat jenis air biasa berwarna putih dengan kain buruk untuk kesan rustic.

Hasilnya:

VIEW IN GALLERY

Pasangkan aksesori dan kunci. Kunci daripada dawai biasa dan aksesori merupakan tombol pintu kabinet yang sudah patah, dikitar semula menjadi tombol pintu rak.

VIEW IN GALLERY

Kredit: Norpadilah Binti Afandi

Tags: #diy rak dapur #idea dekorasi dapur #idea diy

DIY Ubahsuai Dresser Secondhand Untuk Nurseri Kanak-Kanak Dengan Cat & Resin
Mohon share tanda sukaUbahsuai menjadikan sesuatu barang unik dan istimewa, seperti sebuah dresser
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan
Meja Makan Ini Unik Dengan Design 3D Gaya ‘Old World’ Guna Teknik Resin Berlapis
Mohon share tanda sukaSukakan table top unik? Satu design berlapis 3D dihasilkan menggunakan

Comments are closed.