Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Idea Nak Tutup Paip Di Dinding Dapur Berubah Menjadi Ala-Ala Dalam ‘Taman’
    Dapur

    Idea Nak Tutup Paip Di Dinding Dapur Berubah Menjadi Ala-Ala Dalam ‘Taman’

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 22, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Bagaimanya rupanya ya kalau tinggal dalam rumah yang dipenuhi kehijauan seperti dalam taman? Pasti indah terutamanya untuk mereka yang sangat sukakan alam sekitar. Seperti seorang wanita ini yang bernama Syarifah Nuralia Wafa yang menjadikan ruang dinding dapurnya seperti ala-ala hiasan dalam taman. Menurutnya, tujuan dia berbuat begitu adalah kerana ingin menutup paip yang berada pada bahagian atas dinding disebabkan kebocoran paip dari dalam tanah.
    Kos yang agak tinggi diperlukan untuk menebuk lantai untuk mencari punca kebocoran tersebut. Disebabkan itu, Puan Syarifah bersama suaminya mencari idea lain untuk menutup paip tersebut yang dikatakan ‘mengganggu’ pandangan. Dia mendapat inspirasi dengan menggunakan daun-daun ‘artificial’ seperti yang terdapat di IKEA, tetapi dengan kos yang lebih murah. Tempoh masa yang diambil untuk menghasilkan ruang dinding ala taman ini adalah selama sehari.
    Barang-barang yang digunakan dan kosnya:
    – 2 liter cat jenama Nippon Hijau: RM 80
    – Barang-barang mengecat, gam kayu, kayu dan klip kabel (bertujuan untuk menampal daun kerana tuan rumah tak mahu menebuk dinding): +/- RM 50
    – Daun palsu (dibeli sewaktu jualan pada 7.7 di Lazada): RM 95 x 3 = RM 285
    – Pelbagai barangan lain: +/- RM 20
    Jumlah: +/- RM 450
    VIEW IN GALLERY
    Hiasan daun-daun dari Lazada. Jika mahukan yang lebih berkualiti dan cantik, beli hiasan daun jenama Fejka dari IKEA berharga RM 14.90 sekeping.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Proses penampalan kayu menggunakan gam. Kayu yang digunakan adalah jenis biasa berharga RM 2 sekeping untuk 6 kaki.
    VIEW IN GALLERY
    Proses mengecat setelah menampal kayu.
    VIEW IN GALLERY
    Setelah selesai mengecat, lekatkan hiasan daun-daun pada kayu di dinding.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Syarifah Nuralia Wafa
    hiasan dinding ala taman idea dekorasi dinding idea dekorasi menarik
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePastikan Anda Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Bertandang Ke Rumah Orang
    Next Article Hasil Sentuhan ‘No-Theme’ Menggunakan Warna Alam, Walau Simple Tetap Unik

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.