Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Pastikan Anda Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Bertandang Ke Rumah Orang
    Idea Dekorasi

    Pastikan Anda Elakkan 5 Perkara Ini Ketika Bertandang Ke Rumah Orang

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 20, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Pernahkah setiap kali sewaktu kita datang berkunjung ke rumah orang, kita automatik akan melihat-lihat pada sekeliling rumah dan terdetik dalam hati untuk komen atau berkata sesuatu sekiranya ada perkara yang tidak kena pada mata kita? Jika tidak, teruskan sikap begitu tetapi kalau ya, lebih baik elakkan kerana dikhuatiri boleh mengundang ketidaksenangan tuan rumah. Seorang interior designer iaitu Anis Syuhada mengingatkan semua orang tentang 5 perkara yang perlu anda elakkan sewaktu bertandang ke rumah orang.
    VIEW IN GALLERY
    Elakkan:
    1. Kritikan seperti “beli rumah besar-besar ni larat ke nak kemas?” atau “rumah kecil macam ni kalau family datang nak duduk dekat mana?”. Kecil atau besar adalah rezeki masing-masing. Asalkan kita ada rumah sendiri hasil usaha dan kesabaran sendiri.
    2. “Kenapa guna perabot warna cerah? Kan senang kotor.” Setiap daripada kita mempunyai citarasa masing-masing dalam membeli perabot. Yang penting kita tahu untuk sentiasa menjaga kebersihan dalam rumah.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    3. “Membazir je hias rumah cantik-cantik ni. Simpan duit kan lagi bagus.” Rezeki sekiranya dibelanjakan ke arah kebaikan bukan sesuatu yang membazir. Tambahan pula untuk keselesaan keluarga kita sendiri.
    4. “Kalau aku, aku tak beli rumah macam ni. Aku beli rumah ada tanah, boleh buat garden atau swimming pool.” Dapat memiliki rumah sendiri tidak kira jenis dan saiz apapun adalah suatu pencapaian yang sudah cukup baik. Ini menunjukkan betapa kuat usaha kita untuk mendapatkan sesuatu, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk keluarga kita.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    5. “Aku tak minat perabot macam ni. Kalau boleh nak beli yang lagi mahal dari ni.” Mahal atau murah sesuatu perabot tidak menentukan rumah itu selesa dan cantik. Terpulang pada tuan rumah itu kerana dia lebih mengetahui akan keperluan untuk tempat tinggalnya sendiri.
    Kredit: Anis Syuhada
    dekorasi rumah nasihat ketika datang rumah tips untuk tuan rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSeronok Bila Ada Pergola Buat Tempat Bersantai Dengan Keluarga
    Next Article Idea Nak Tutup Paip Di Dinding Dapur Berubah Menjadi Ala-Ala Dalam ‘Taman’

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.