Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Idea Penstoran Tambahan Bawah Katil Guna Katil Penyimpanan Hydraulic
    Bilik Tidur

    Idea Penstoran Tambahan Bawah Katil Guna Katil Penyimpanan Hydraulic

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 11, 2021Updated:May 16, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Masih mencari-cari jenis katil bagaimana yang ingin dibeli? Dinas Elni berkongsi idea katil yang mempunyai penstoran tambahan di bawahnya iaitu katil penyimpanan hydraulic. Ianya tutup kedap dan tiada masalah habuk.

    Katil hydraulic ini custom order terus dari kilangnya, melalui sebuah kedai di Lazada bernama ‘Solano Smart Furniture’. Katil yang disenaraikan di situ (yang murah, bawah RM 1000 untuk saiz queen dan tanpa tilam) menggunakan specs yang lebih rendah, particle board untuk bahagian headboard dan sisi. Dia memilih specs premium menggunakan solid wood untuk bahagian tertentu dan plywood untuk base katil.

    VIEW IN GALLERY

    Bahagian sisi katil. Bulat itu adalah padding kaki. Katil ini tidak mempunyai base dan terus ke lantai.

    VIEW IN GALLERY

    Design headboard paling simple dipilih kerana mudah untuk dicuci dan kurang melekat habuk. Kemasan di belakangnya sangat cantik dan kemas.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk bayaran, deposit adalah 70% dan bakinya (30%) dibuat selepas kilang menyiapkannya (2 minggu masa diambil) dan sebelum penghantaran. 5 hari sebelum penghantaran, mereka menghubungi dahulu untuk perbincangan tarikh dan waktu penghantaran. Memandangkan storage dipecahkan kepada 2 compartment, jadi terdapat 4 hydraulic arm yang digunakan. Sub-compartment pula adalah berlainan saiz. Saiz besar boleh memuatkan tilam single jenis berlipat atau extra tilam jenis sama.

    VIEW IN GALLERY

    Nak buka, tidak perlu mengalihkan tilam. Mekanisma hydraulic lifter akan bergerak ke atas dan ke hadapan pada masa sama. Jadi, tilam tidak bergerak.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dalam masa 5 tahun waranti penuh, jika terdapat masalah, mereka akan datang menukar pam hydraulic jika diperlukan. Apapun, ianya untuk menyimpan barangan yang jarang digunakan, jadi tiadalah nak buka dan tutup setiap hari.

    Semoga panduan yang menarik ini berguna dalam membantu anda memilih katil untuk bilik tidur.

    Kredit: Dinas Elni

    idea penstoran tambahan katil penyimpanan hydraulic panduan memilih katil
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Ruang Tamu Dengan Konsep Minimalis & Fresh. Luas Mata Memandang
    Next Article DIY Mudah Dan Simple Bekas Pelbagai Guna Dari Botol Dan Tin Terpakai

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Deko Nurseri Berkonsepkan Boho Dengan Gaya Campuran Untuk Bayi Perempuan

    July 27, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.