Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Deko Bilik Tidur Dengan Idea Perabot Yang Simple
    Bilik Tidur

    Deko Bilik Tidur Dengan Idea Perabot Yang Simple

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 30, 2020Updated:April 23, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    deko bilik tidur
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Deko bilik tidur yang cantik semestinya menjadi idaman setiap orang kerana ruang itu merupakan tempat untuk kita berehat dan menenangkan diri, selain menjadi ruang kerja dan belajar bagi sesetengah orang. Apa akan terjadi apabila keadaan bilik adalah sebaliknya? Sudah tentu kita akan menjadi ‘stress’ dan sakit mata setiap kali melangkah ke dalam bilik. Jadi, penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik tidur. Tidak salah untuk kita menghias ruang tersebut walaupun dengan deko bilik tidur yang paling simple, kerana yang paling penting adalah kekemasan dan keselesaan kita.

    Cik Suhaida Hassan dalam laman blognya berkongsi serba sedikit idea bagaimana kita boleh mendeko bilik tidur dengan sangat simple. Tidak perlu letak banyak barang kerana khuatir ruang bilik boleh menjadi serabut. Ini sesuai untuk mereka yang tidak sukakan keadaan tersebut dan lebih memilih konsep yang mudah, asalkan selesa. Tambahan pula, cik Suhaida memilih tema putih kerana ianya bersesuaian dengan konsep simple tersebut.

    Semua barang yang disenaraikan boleh didapati di IKEA.

    VIEW IN GALLERYbilik tidur 1

    Kecuali cadar lembut berjenama Nice berharga RM 55 ini dari Tesco.

    VIEW IN GALLERYdeko bilik tidur

    Rangka katil berjenama Leirvik untuk katil bersaiz Queen berharga RM 399. Terdapat pelbagai jenama rangka yang lain dengan harga yang berbeza tetapi menurutnya, Leirvik adalah lebih murah. Barang-barang lain adalah:

    • Lampu meja bilik tidur berharga RM 19.90
    • Frame gambar berharga RM 4.90
    • Bunga berharga RM 4.90
    • Langsir putih berharga RM 39.90

    VIEW IN GALLERYrangka katil

    VIEW IN GALLERYtilam katil

    Tilam berjenama Jomna menjadi pilihan cik Aida kerana paling murah tetapi masih selesa berbanding tilam yang harganya berbeza. Ianya untuk katil bersaiz Queen berukuran 150 x 200 berharga RM 249.

    VIEW IN GALLERYalmari bilik

    Almari berjenama Aneboda berharga RM 199, sesuai untuk mereka yang duduk seorang sahaja.

    VIEW IN GALLERYmeja sisi

    Cik Aida memilih meja sisi yang paling simple yang hanya berharga RM 29. Jika inginkan design yang lebih cantik, boleh memilih meja seperti di bawah berharga RM 89.

    VIEW IN GALLERYmeja sisi 1

    VIEW IN GALLERYcermin solek

    Cik Aida menampal cermin berjenama LOTS berharga RM 29 untuk 4 keping untuk dijadikan sebagai cermin solek. Para di bawahnya berharga RM 19.90 manakala pemegangnya berharga RM 4.90.

    Kredit: Suhaida Hassan

    deko paling simple perabot dari ikea tema putih
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDulunya Kuarters Biasa Kini Bertukar Jadi Mewah
    Next Article Projek ‘Makeover’ Dining Area Bawah RM 1000

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.