Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Idea Simple Buat Sendiri Kolam Ikan Depan Rumah Kos Murah, Tak Perlu Simen
    DIY

    Idea Simple Buat Sendiri Kolam Ikan Depan Rumah Kos Murah, Tak Perlu Simen

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 13, 2021Updated:December 6, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil diy kolam ikan 2
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Berangan untuk mempunyai sebuah kolam ikanĀ  depan rumah, tetapi rumah jenis teres lot tengah? Ikut sahaja cara Amiruddin Othman ini. Idea simple kolam ikan hiasan depan rumah yang dilakukannya suatu ketika dahulu ini tidak menggunakan simen untuk batanya. Paling penting, kosnya murah.

    Proses Membuat Kolam Ikan Tanpa Simen


    VIEW IN GALLERYproses diy kolam ikan

    Anggaran bajet kolam ikan buatan sendiri :

    – Bata = RM 50

    – Kanvas biru yang tebal dari kedai hardware = RM 70

    – 3 buah gam dari kedai hardware (untuk melekatkan bata) = RM 51

    Untuk penapisan dan air pancut:

    – Motor pam dari kedai akuarium = RM 50

    – Paip PVC + injap (mengawal sistem air pancutan) = RM 20 +-

    Jumlah = RM 251

    VIEW IN GALLERYproses diy kolam ikan 1

    Cara buat kolam ikan hiasan depan rumah

    1. Bersihkan bata menggunakan berus dawai untuk membuang serpihan tajam

    2. Susunkan menjadi 2 tingkat (tidak boleh terlalu tinggi, nanti roboh) dan gamkan bata seperti simen

    3. Letakkan gam di atas batu dan hamparkan kanvas. Pastikan semua bahagian rapat ke lantai dan dinding

    4. Letakkan gam di atas kanvas dan susunkan bata tadi semula

    VIEW IN GALLERYhasil diy kolam ikan

    Apabila sudah diisi air, kanvas tidak akan terangkat disebabkan kemampatan oleh bebanan air.

    VIEW IN GALLERYhasil diy kolam ikan 3

    Hendak membersihkan air, gunakan pam motor untuk penapis sahaja. Alihkan pam ke luar untuk menyedut air, mop atau lapkan lumut atau kotoran yang ada dan isikan air semula.

    Jangka masa air kotor bergantung kepada kekuatan pam untuk menapis air. Dia menggantikan air yang baru setiap 2 – 3 bulan sekali.

    Hasil Binaan Kolam Ikan Tanpa Simen. Simple dan Murah

    VIEW IN GALLERYhasil diy kolam ikan 2

    Paip ditebuk menggunakan pisau sahaja, atau gunakan cordless drill dengan mata halus.

    Gunakan T-joint untuk membahagikan air ke paip pancutan dan paip ke penapis.

    • Bekas penapis jenis berlubang dari kedai Eco
    • Buaian rotan berharga RM 70 dari Ayer Hitam, Johor


    VIEW IN GALLERYhasil diy kolam ikan 1 1

    Semoga idea kolam ikan hiasan buatan sendiri depan rumah ini boleh memberi manfaat!

    Kredit: Amiruddin Bojot Othman Raget

    diy kolam ikan kos rendah idea bina kolam ikan idea simple kolam ikan
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Kumpul Barangan Terpakai, Terbina Sebuah Teratak Bersama Aksesori Deko
    Next Article Kabinet Dapur Ala IKEA Ini Adalah Hasil Tangan Pelajar Bermodalkan RM 500

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.