Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Idea Ubahsuai Perabot Sedia Ada Kepada Jenis Bercermin. Buat Sendiri Sahaja
    DIY

    Idea Ubahsuai Perabot Sedia Ada Kepada Jenis Bercermin. Buat Sendiri Sahaja

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 13, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    hasil ubahsuai kabinet
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ramai yang berminat dan suka akan perkongsian dari seorang lelaki bernama Khairur Rijal mengenai pengubahsuaian perabot sedia ada menjadi perabot bercermin. Disebabkan harga perabot sebegini mahal, maka dia turut berkongsi langkah demi langkah cara untuk membuatnya sendiri.

    VIEW IN GALLERYkabinet sebelum 1

    VIEW IN GALLERYmeja sisi sebelum

    Bahan dan alat yang diperlukan adalah:

    1. Cermin

    2. Gam construction (ia seperti gam silikon) bersama senapangnya. Sebanyak 3 gam digunakan

    3. Tombol pintu dari Lazada

    4. Gam E6000

    5. Pengapit yang besar atau ragum

    6. Cat spray berwarna Chrome

    Langkah-Langkah Ubahsuai Perabot Lama Kepada Cermin

    1. Pastikan perabot bersih dari sebarang habuk

    2. Ambil ukuran pada setiap permukaan yang hendak ditampal cermin. Caranya ialah, mengurangkan antara 2 mm sehingga 4 mm dari ukuran sebenar permukaan. Jika permukaan berukuran 30 cm x 30 cm, maka ukuran untuk cermin adalah 29.4 cm x 29.4 cm

    Bawa ukuran ke kedai cermin atau kedai membuat frame gambar. Pilih cermin yang lebih tebal (dia menggunakan ukuran 4 mm). Minta mereka tumpukan pada bahagian tepi dan bucu untuk keselamatan

    VIEW IN GALLERYproses cat kabinet laci

    3. Semburkan cat pada setiap bahagian bucu dan tepi

    VIEW IN GALLERYproses lekat cermin 1

    4. Setelah cat kering, letakkan gam construction pada permukaan dalam cermin dan permukaan perabot. Letakkan cermin pada permukaan perabot. Tekan dengan perlahan untuk meratakan gam, kemudian tindihkan dengan benda berat atau apit menggunakan ragam atau pengapit. Biarkan selama 5 – 6 jam

    VIEW IN GALLERYcermin kabinet laci

    VIEW IN GALLERYproses lekat cermin

    5. Ulang perkara yang sama pada permukaan yang lain

    6. Tombol hanya perlu dilekatkan menggunakan gam industri E6000. Jadi, tidak perlu menebuk permukaan cermin untuk memasangnya

    Letakkan pada kedudukan mendatar supaya ia tidak bergerak sebelum benar-benar kering dan melekat. Biarkan selama 10 jam

    Hasil Ubahsuai Sendiri Perabot Bercermin Dari Yang Lama

    VIEW IN GALLERYhasil ubahsuai meja sisi

    VIEW IN GALLERYhasil ubahsuai kabinet

    Diharapkan perkongsian ini membantu bagi yang berminat untuk membuatnya.

    Kredit: Khairur Rijal Dzohri

    hasil ubahsuai perabot lama idea diy perabot bercermin idea ubahsuai perabot
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSering Bertukar Ganti Dekorasi, Rumah PPR 700 Sqft Ini Kekal Kemas & Bersih
    Next Article Hasil Kumpul Barangan Terpakai, Terbina Sebuah Teratak Bersama Aksesori Deko

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.