Siapa yang suka pergi berjalan-jalan di IKEA? IKEA memang ibarat syurga untuk mereka yang gemar melihat perabot-perabot dan aksesori-aksesori untuk dekorasi rumah. Sambil-sambil jalan, boleh menyimpan angan-angan kerana apabila berada di IKEA, kita seolah-olah berada di rumah sendiri. Sangat cantik dan selesa. Oleh itu, kali ini artikel ini nak kongsikan antara idea dekorasi di IKEA yang boleh diambil sebagai inspirasi untuk menghias sendiri kediaman kita.
Idea ini dikongsikan oleh Puan Azalea di laman blognya ketika dia mengunjungi pasaraya IKEA yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang. Diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan idea untuk menghias rumah. Pelbagai idea serta gaya dekorasi yang boleh diambil sebagai insipirasi. Lepasni boleh lah cuba idea deco ruang tamu, bilik tidur malah untuk segenap ruang di dalam kediaman anda.
Kredit: Azaleania.blogspot.com
Gallery of Inspirasi Deko Dari Barang IKEA
Tags: #dekorasi rumah #idea dari ikea #perabot ikea