Biar buruk di mata orang tetapi cantik dan menawan di hati sendiri. Seperti sesebuah rumah, biar seburuk mana pun keadaannya, kita sendiri yang dapat melihat potensi untuk mengubahnya menjadi teratak yang indah. Itulah yang dilakukan oleh Zizan Dee Jan apabila dia telah mentransformasikan sebuah rumah yang ditinggalkan hampir 20 tahun, terletak di Taman Peruda di tengah pekan Sungai Petani. Ceritanya, sepanjang tempoh tersebut, pemiliknya langsung tidak ‘menjenguk’ rumah ini sehingga keadaannya bertukar hutan, terutamanya di kawasan belakang.
Mustahil akan ada pembeli, bukan? Namun berlainan dengan Zizan yang ‘jatuh cinta pandang pertama’ sehingga dia sanggup membeli rumah ini dengan harga bawah RM 100K (direct owner) untuk dibuat sewaan, lalu merenovasinya sedikit demi sedikit dengan kos RM 30K. Lihat apa yang dilakukannya terhadap rumah berkeluasan 1400 sqft ini melalui perkongsian gambar di bawah.
Keadaan Rumah Sebelum Transformasi
Akar telah ‘bersarang’ dalam simen.
Proses ‘Pembersihan’ Rumah
Kerja tebas-menebas dimulakan.
Keadaan Rumah Yang Ditinggal 20 Tahun Selepas Transformasi
2 buah laluan masuk dibuat untuk motorsikal dan kereta.
Pintu plywood dilekatkan kayu untuk wainscoting.
Stor dibuat.
Yang penting, hati sendiri berasa puas melihat hasil akhirnya.
Kredit: Zizan Dee Jan