Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Kaedah Alami Kawal Pertumbuhan Rumput Dan Lalang Guna 2 Bahan Ini
    DIY

    Kaedah Alami Kawal Pertumbuhan Rumput Dan Lalang Guna 2 Bahan Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 1, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sedikit perkongsian mengenai kaedah mengawal rumput dan lalang, seterusnya mengolah baja secara semulajadi dibuat Akmal, seorang pengusaha Kebun Lokal.

    Kaedah Kawalan Rumput dan Lalang Menggunakan 2 Bahan

    VIEW IN GALLERY

    Pada awalnya, dia menggunakan racun untuk mengawal pertumbuhan mereka. Setelah lalang masih menumbuh, mesin rumput digunakan untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia.

    Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari amalan Permaculture yang lebih menjimatkan dan praktikal. 2 bahan ini didapati secara percuma tanpa mengeluarkan apa-apa modal.

    VIEW IN GALLERY

    Tanah digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun rapat. Setelah lapisan kotak yang pertama dibentang, siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi.

    Proses diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas. Ratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapisi lapisan kotak tadi. Siram sehingga lencun dan mampatkan ke tanah. Lapisan paling atas diletakkan dedaun kering separa kompos.

    Jika menggunakan dedaun buluh, lebih baik dan pantas untuk ianya kompos.

    VIEW IN GALLERY

    Proses ini juga dipanggil Mulching/Sungkup. Ia akan membantu kebun memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas, dan melindungi tanah dari terhakis jika hari hujan lebat.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil dari lapisan sungkupan ini membantunya menyediakan ‘kediaman’ bagi bakteria bernama Mychorizza. Ia didapati di sekitar akar, menjadi penghubung kepada nutrisi yang terdapat di tanah. Lebih banyak Mychorizza, lebih baik penyerapan nutrisi mampu tanaman manfaatkan.

    VIEW IN GALLERY

    Kertas rincih juga boleh dijadikan kompos. Lazimnya, dedaun kering diletakkan di bawah lapisan kertas ini. Setiap minggu, timbunan kompos ini akan dibolak-balikkan bagi tujuan pengudaraan.

    Jimat duit, tenaga dan masa. Semoga bermanfaat!

    Kredit: Akmal Al Yahya

    cara jimat kawal rumput & lalang idea kawal rumput & lalang kaedah kawal rumput & lalang
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePasang Lampu LED Pada Tangga, Ini Hasil Projek DIY Ubahsuai 100% Sendiri
    Next Article Inginkan Bunga Ros Subur & Berbunga, Ini Cara Penanaman & Penjagaannya

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.