Seronoknya mempunyai laman belakang rumah yang luas seperti rumah di bawah ini. Terdapat pelbagai fungsi di sini iaitu ruang laundry, ruang jemuran pakaian, kafe dan taman.
Hasil Dekorasi Laman Belakang Pelbagai Fungsi
Pintu jenis aluminum matte black-coated. Kosnya, RM 700++.
Dinding bata merah exposed menggunakan bata biasa. Finishing akhirnya menggunakan varnis supaya bersinar.
Alas pasu tersebut bukan penutup longkang. Ia adalah atap genting bahagian dapur asal yang dibuka. Semua longkang di belakang rumah adalah underground.
Bumbung dari polikarbonat clear. Kos untuk saiz 7 ft x 24 ft dan rekabentuk seperti ini adalah RM 5K++. Ia tidak terkena tempias hujan.
Pintu boleh dibuka separuh. Walaupun tidak ada grill, tetapi rumah ini dipagar dan dilindungi.
Kipas dinding Faber Industrial dari Shopee.
Pintu bilik air yang baru jenis bifold. Asal tingkap, ia dipecahkan untuk memberi akses ke bilik air secara terus dari bilik tetamu.
Tingkap kecil bahagian atas adalah custom-made.
Dari bahagian dalam, exhaust fan dipasang memandangkan tingkap sangat kecil, jadi tidaklah berkuap.
Tingkap berlipat jenis aluminium dari bilik pantri.
Meja bar boleh lipat dari Shopee dengan pemasangan 3 keping foldable bracket di bahagian bawah. Saiz asalnya adalah 150 cm x 18 cm. Hasil gabungan 2 panel, saiz menjadi sedikit lebar iaitu 150 cm x 36 cm.
Hiasan-hiasan dari kedai Eco.
Untung mereka yang duduk di rumah yang luas sebegini, kan?
Kredit: Hayden Shah
Gallery of Laman Belakang Rumah Jadi Tempat Pelbagai Fungsi Dengan Dekorasi Menarik
Tags: #hasil deko laman belakang #idea deko rumah #idea laman belakang pelbagai fungsi