Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Langkah & Tips Membeli Kabinet Dapur IKEA Bagi Yang Belum Tahu
    Dapur

    Langkah & Tips Membeli Kabinet Dapur IKEA Bagi Yang Belum Tahu

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 18, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Ada yang suka dengan perabot-perabot dari IKEA? Bagi mereka yang berminat untuk membeli perabot IKEA tapi tidak tahu bagaimana, Herdiana Jaunah telah kongsikan langkah-langkah dan beberapa tips, tetapi khas untuk kabinet dapur.
    Pertama sekali adalah buat ukuran ruang dapur. Ukur sendiri untuk lebih jimat tetapi pastikan ukuran seperti lebar dan tinggi betul-betul tepat dalam cm (sentimeter). Selain itu, kedudukan dan ukuran tingkap, kedudukan paip sinki dan sebagainya dalam dapur perlu diambil tahu dan dicatat. Jika berasa tidak yakin, boleh hubungi staff IKEA untuk datang ke rumah dan ukurkan, tetapi beserta dengan caj.
    VIEW IN GALLERY
    Kedua, lukiskan rupa design dan susun atur ruang dapur yang diinginkan dalam aplikasi yang terdapat di laman web IKEA bahagian pelan dapur. Boleh melukis sendiri atau minta bantuan daripada staff IKEA untuk lukiskan, ia percuma sahaja. Dalam proses ini, buat perbincangan atau cadangan bersama staff untuk menambahbaik mana-mana bahagian dalam ruang dapur. Apabila design sudah ditetapkan, staff akan memberi invois untuk dibawa ke kaunter dan dibayar.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Selepas membuat bayaran, terus ke bahagian kaunter ‘penghantaran ke rumah’ untuk memilih sama ada mahu menggunakan kenderaan sendiri untuk mengambil barang atau dihantar oleh pihak IKEA. Untuk pilihan kedua, caj akan dikenakan mengikut tempat dan dihantar dalam masa 7 hari, dan mereka akan menghubungi kita terlebih dahulu.
    Selesai urusan di kaunter penghantaran, masuk ke ofis pemasangan yang terletak di sebelah kaunter. Di sini, mereka akan memaklumkan tarikh pemasangan mengikut senarai menunggu yang dibuat dan segala detail yang penting. Kos pemasangan juga akan dikira sekali, seperti kabinet, kosnya adalah RM 90/meter dan berbeza untuk kabinet pada dinding dan kabinet bawah. Untuk sinki, ia berharga RM 85 dan untuk hob dan hood dapur beserta worktop juga berharga RM 85. Built-in oven juga bermula dari RM 85 ke RM 150. Sebelum staff IKEA datang untuk melakukan pemasangan, mereka akan hubungi kita pada sehari sebelumnya.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Herdiana Jaunah
    idea kabinet dapur kabinet dapur ikea tips untuk ruang dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘Cleaning Section’ Khas Untuk Menyimpan Alatan Cucian. Lebih Teratur!
    Next Article Ubahsuai Bilik Tidur Rumah Kuarters Yang Simple Dan Kemas

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.