Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»‘Cleaning Section’ Khas Untuk Menyimpan Alatan Cucian. Lebih Teratur!
    Idea Kreatif

    ‘Cleaning Section’ Khas Untuk Menyimpan Alatan Cucian. Lebih Teratur!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 17, 2020No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Siapa yang mahu memudahkan pergerakan mereka ketika mahu melakukan kerja pembersihan rumah? Puan Hani Mynis ada berkongsi tips untuk itu iaitu dengan menyediakan satu ruang khas dinamakan ‘Cleaning Section’ yang bertujuan untuk menyimpan segala alatan cucian supaya lebih teratur dan mudah dicari.
    Tips membuat cleaning section di rumah:
    – Sediakan sebuah almari atau rak khas
    – Letakkan setiap alatan cucian dalam bakul atau bekas. Contohnya, cucian pakaian dalam satu bakul dan cucian pinggan mangkuk dalam bakul yang lain, kemudian kumpulkan semua bakul pada satu tempat.
    – Labelkan setiap bakul supaya mudah untuk mencari alatan-alatan yang diperlukan.
    – Letakkan bekas cucian di atas rak paling tinggi untuk mengelakkan anak-anak yang masih kecil untuk mencapainya.
    – Sediakan satu cleaning caddy (bekas cucian) yang mudah alih untuk dibawa ke mana-mana bahagian rumah untuk dibersihkan.
    Cara menyediakan cleaning caddy:
    – Sediakan satu bekas, bakul atau baldi yang mempunyai pemegang, khas untuk menyimpan barang-barang cucian.
    – Sediakan 2 caddy iaitu satu untuk bilik air dan satu untuk ruang-ruang lain dalam rumah.
    VIEW IN GALLERY
    Puan Hani menggunakan bakul dari SSF dan IKEA (digantung), terdapat juga di kedai Eco. Penyangkut gegelung itu pula dari kedai Eco dan rak hitam dari IKEA.
    VIEW IN GALLERY
    Bekas cucian untuk rumah kecuali bilik air.
    • Gulung biru itu adalah multi-purpose wipe cloth dari Cosway (RM 5.20) untuk mengelap kotoran-kotoran seperti minyak dan tumpahan air, atau mengelap perabot dan cermin. Ia boleh dibasuh dan digunakan semula, juga boleh dibuang sekiranya sudah kotor.
    • Sebelah kiri adalah DIY Surface Cleaner, untuk mencuci permukaan perabot dan berkesan menghalau semut dan cicak. Ia merupakan campuran air paip (250 ml), cuka (50 ml) dan dettol (1 sudu).
    • Sebelah kanan pula adalah span magic dari Shopee, untuk menyental permukaan perabot kemudian lap dengan wipe cloth.
    • Belakang span adalah lint roller dari IKEA, untuk mengutip rambut-rambut yang melekat di karpet.
    • Belakang roller adalah Foam Cleaner dari Mr. DIY, khas untuk mencuci karpet atau sofa yang terkena tumpahan air.
    • Gayung sebagai tadahan air. Terutamanya untuk membersihkan peti sejuk, hanya basahkan span atau wipe cloth dengan air.
    • Alatan-alatan lain adalah plastik sampah dan berus-berus.
    VIEW IN GALLERY
    Pencuci lantai jenama Super Tot dari kedai Eco, untuk rumah yang wangi ketika mengemop.
    VIEW IN GALLERY
    Glass Cleaner dari Tesco, untuk mencuci luar pintu peti ais, atas dapur gas (tempered glass) dan cermin supaya berkilat. Ia juga berkesan menghilangkan kesan permanent marker pen pada dry-erase board.
    VIEW IN GALLERY
    Bekas cucian untuk bilik air.
    • Span magic juga digunakan untuk membersihkan lantai dan dinding. Tambahan, tips untuk menghilangkan water mark adalah letakkan cream cleanser pada span yang kering dan sental pada water mark tanpa air.
    • Belakang span adalah clorox jenis spray.
    • Botol coklat itu adalah Stain Remover Mr. DIY.
    VIEW IN GALLERY
    Untuk membersihkan mangkuk tandas daripada kesan water ring, tuang 1 penutup clorox ke dalamnya dan biarkan selama 30 minit. Ia juga berkesan untuk menghilangkan kesan tahi lalat/cicak pada lantai bilik air. Tak perlu disental.
    VIEW IN GALLERY
    Kredit: Hani Mynis
    idea cleaning section tips rumah bersih tips rumah lebih teratur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Paling Simple Dan Bajet Untuk Rumah Berek
    Next Article Langkah & Tips Membeli Kabinet Dapur IKEA Bagi Yang Belum Tahu

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.