Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Supaya Rumah Sentiasa Kemas
    Idea Dekorasi

    Lelaki Ini Kongsi Tips Mudah Supaya Rumah Sentiasa Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 28, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seperti yang kita ketahui, rumah yang bersaiz kecil mempunyai masalah ruang yang terhad seperti kondo dan apartment. Jadi, kita kena bijak menggunakan ruang yang ada seperti rak kasut tertutup, kabinet-kabinet, stor mini dan ruang-ruang yang lain. Seperti contoh pada rumah kondo ini yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur yang menggunakan perabot seperti meja yang boleh dilaras kepanjangannya, katil yang boleh diubah daripada saiz ‘single’ kepada ‘queen’ dan lain-lain lagi yang membantu menjimatkan ruang dalam rumah.

    Perkara ini dinyatakan oleh Muhammad Arif, seorang interior designer. Tambahnya, rumah kondo ini mempunyai suasana yang santai disebabkan konsepnya yang ringkas dan penggunaan warna ‘earth tone’ yang digabungkan dengan elemen hijau. Selain itu, dia juga berkongsi tips ringkas dan mudah untuk rumah sentiasa dalam keadaan kemas seperti kondo ini.

    VIEW IN GALLERY

    Lampu dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Ruangan di tepi meja makan itu merupakan pintu menuju ke dapur.

    Tips untuk rumah kekal kemas adalah:
    1. Sekiranya baru berpindah, jangan bawa semua barang dari rumah lama ke rumah baru. Tinggalkan barang yang tidak perlu sama ada berikan ia kepada orang lain, jual atau buang sekiranya sudah tidak berfungsi. Hanya bawa masuk barang-barang yang penting saja.

    Menurut Encik Arif, ada kajian yang mengatakan bahawa 60% rakyat Malaysia mengalami masalah kekurangan ruang penyimpanan barang kerana sayang untuk membuang barang tersebut. Untuk kes seperti itu:
    2. Sediakan ruang penstoran yang tertutup seperti kabinet atau bilik stor supaya barang-barang yang tak mahu dibuang boleh disimpan di dalamnya.

    VIEW IN GALLERY
    3. Apabila sudah selesai memasak, terus basuh alatan-alatan dan simpan bahan-bahan masakan yang digunakan pada tempat asalnya.
    4. Bagi yang mempunyai anak kecil, sesudah mereka puas bermain, kemas kawasan tersebut. Atau ajar mereka untuk mengemas sendiri permainan supaya tak ada lah bertambah kerja anda.

    VIEW IN GALLERY

    Frame dari Romantika.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Katil ini boleh diubah menjadi saiz single atau double.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Muhammad Arif Arif

    idea deko rumah konsep simple tips rumah kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleGuna Cermin Kedai RM 2.10 Je Letak Kat Dinding Rumah
    Next Article ‘Makeover’ Dalaman Rumah Teres 2 Tingkat Kepada Ala Banglo

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.