Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Lepas ‘Makeover’ Dapur Ke Tema ‘Blue Kitchen’, Ruang Dapur Terus Nampak Luas
    Dapur

    Lepas ‘Makeover’ Dapur Ke Tema ‘Blue Kitchen’, Ruang Dapur Terus Nampak Luas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 30, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Kadang-kala apabila kita menggunakan rak dapur jenis terbuka, anak-anak terutamanya yang masih kecil cenderung untuk bermain di kawasan itu dan menyepahkannya. Untuk mengelakkan masalah itu dari terus berlaku, seorang wanita dengan nama ‘Tmah Tim’ membuat keputusan untuk ‘makeover’ ruang itu kepada dapur tertutup. Kos yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM 6K (RM 600 sekaki untuk kabinet full-height). Menurutnya, dahulu, dia ingin membuat kabinet serentak dengan dapur basahnya, menggunakan konsep yang sama iaitu kayu hitam putih. Tetapi disebabkan kekurangan bajet, setelah 2 tahun baru dia dapat melaksanakan keinginannya. Namun, seleranya berubah kepada dapur bertemakan ‘blue kitchen’.

    Walaupun konsep kedua-dua dapurnya berlainan, dia tetap memilih untuk menggunakan konsep ‘blue kitchen’ ini hasil cariannya di Internet. Walau begitu, hasilnya membuatkan ruang dapurnya kelihatan lebih luas dan kemas, tidak lagi bersepah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Contoh dapur tema ‘blue kitchen’ yang menjadi inspirasi tuan rumah.

    VIEW IN GALLERY

    Lakaran awal dapur oleh tuan rumah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tukang pasang kabinet datang membuat ukuran dan lakaran akhir dapur.

    VIEW IN GALLERY

    Material kabinet dapur adalah solid plywood dengan cat jenama Nippon Paint warna Blue Mountain.

    Setelah 5 kali pemasangan, hasilnya tidak lari jauh daripada kehendak tuan rumah. Ruang di bahagian atas juga kelihatan lebih besar dan luas berbanding dapur asal sebelum adanya kabinet. Pemasangan wiring dan tiles dilakukan sendiri oleh suaminya.

    VIEW IN GALLERY

    • Tiles menggunakan gaya rhombus backsplash dari Jubin Cantik (Instagram atau Facebook)
    • Pemegang dan tombol dari Shopee

    VIEW IN GALLERY

    Ukuran dapur dari tempat simpanan pisau ke hujung table top adalah 12 kaki dan ukuran side bar adalah 5 kaki. Hood jenama Rubine.

    Kredit: Tmah Tim

    dapur tema blue kitchen idea dapur jadi luas idea makeover dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMasih Dalam Proses Deko, Ruang Tamu Rumah 2 Tingkat Ini Nampak Begitu Mewah
    Next Article Pertama Kali Deko Dinding Corak Geometri, Lelaki Ini Berpuas Hati Dengan Hasilnya

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.