Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»‘Makeover’ Gaya Moden Sofa Usia 20 Tahun Lebih Guna Kain Langsir
    DIY

    ‘Makeover’ Gaya Moden Sofa Usia 20 Tahun Lebih Guna Kain Langsir

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 4, 2020Updated:November 10, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Apabila perabot-perabot di dalam rumah sudah berkeadaan kurang elok, kebiasaannya kita akan membuangnya sahaja. Tetapi tidak bagi Puan Suhana yang telah melakukan ‘makeover’ terhadap sofa lama kepunyaan mertuanya yang sudah berusia lebih 20 tahun. Walaupun kainnya sudah mereput, tetapi kualitinya masih baik kerana kayu dan span kusyennya masih berkeadaan elok dan empuk. Disebabkan rasa sayang, sofa lama itu di’makeover’ sendiri dengan gaya moden menggunakan kain langsir. Jika dihantar ke kedai agak menelan belanja yang besar.

    Alatan-alatan yang digunakan adalah:

    – Stapler gun dari kedai Cowboy atau kedai buku (guna yang kepanjangannya 13 mm).

    – Glue gun atau gam pistol

    Untuk kain:

    – Menggunakan kain langsir tebal dari Kamdar, ukuran 1 meter dengan bidang besar 110 berharga RM 49. Untuk jenis 3-seater, ukuran sepanjang 3 meter dengan bidang 110 digunakan, termasuk sarung kusyen. Sekiranya bidang kecil perlu ukuran meter yang lebih panjang

    – Sarung kusyen juga ditempah terus dari Kamdar berharga RM 35 sebiji (harga upah sahaja). Untuk sarung biasa yang tiada tetulang pada bahagian tepi, ia berharga dalam RM 25

    VIEW IN GALLERY

    Untuk lebih memudahkan, Puan Suhana menyediakan sekali video daripada YouTube yang dijadikan panduannya dalam proses makeover sofa ini: https://youtu.be/x5n-XPqGY-Q.

    Cuma perbezaan dalam video itu adalah kain sofa yang lama dibuang, tetapi Puan Suhana hanya melekatkan kain baru tanpa mencabut yang asal. Lebih mudah.

    VIEW IN GALLERY

    Lekat menggunakan stapler gun atau gam pistol.

    Hasilnya:

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Suhana Bun

    diy sarung sofa idea makeover makeover sofa lama
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Bilik Tidur Anak Kecil Bertemakan Putih Dan Minimalis
    Next Article Jangan Salah Konsep, Ini 10 Contoh Dekorasi Berkonsepkan Minimalis

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.