Pening kepala nak memulakan dekorasi rumah? 9 tips ini untuk anda! Namun, sebelum mula, kemaskan rumah dan buang barang yang ‘menyakitkan mata’ dan yang sudah rosak. Sediakan 1 plastik sampah besar untuk ‘membersihkan’ semua barang tersebut. Kemudian, boleh terus ke langkah seterusnya.
1) GAYA
Cari gaya bagaimana yang disukai untuk rumah anda. Antaranya Modern, Nordic, Scandinavian, English, Industrial dan pelbagai lagi.
2) LANTAI
Untuk jimatkan bajet, boleh menggunakan tikar getah berwarna kayu. Ada bajet, pilih vinyl. Yang ingin mengekalkan mozek pula, karpet akan menjadi penyeri lantai.
3) WARNA
Pastikan tidak melebihi dari 2 warna. Untuk ruang rumah yang kecil, boleh memilih warna putih untuk menampakkan efek besar.
4) LAMPU
Untuk ruang tamu, gunakan lampu berwarna kuning untuk menaikkan mood. Lampu putih digunakan dalam tandas dan dapur.
Tetapi sekiranya sudah terbiasa menggunakan lampu putih, jangan membuangnya. Tambah sahaja lampu kuning.
Lampu untuk gambar dinding.
5) GAMBAR DINDING
Pastikan terdapat satu sudut gambar dinding. Apabila buka sahaja pintu masuk, akan terus nampak.
Warna cat untuk dinding itu pula sedikit gelap berbanding dinding lain.
6) PERABOT
Pemilihannya berdasarkan gaya yang dipilih. Selarikan dengan bajet.
7) SOFT FINISHING
Tip memilih warna langsir, ikut sahaja warna dinding terletaknya gambar. Inginkan rumah kelihatan moden, pilih langsir plain.
Karpet juga dipilih berdasarkan pemilihan gaya. Karpet jenis geometrik memberi efek ruang rumah lebih besar.
Bantal untuk ruang tamu.
8) AKSESORI POKOK
Daun besar diletakkan pada sudut ruang makan atau gambar dinding. Cari tempat yang orang akan dapat terus melihatnya.
9) BUNGA SEGAR/ARTIFICIAL
Yang suka menanam, letaklah bunga segar dalam rumah.
Sudah merancang hendak ‘makeover’ rumah tetapi masih buntu? Diharapkan perkongsian ini dapat membantu.
Kredit: Siti Mariam Kamsan