Minyak Tertumpah Pada Lantai, Ikuti Tip Dan Cara Mudah Membersihkannya

Mohon share tanda suka

Sewaktu sedang sibuk berkemas di dapur, secara tidak sengaja anda terpecahkan botol atau plastik minyak masak, lalu tertumpah di atas lantai. Habis ‘banjir’ lantai dengan minyak tersebut. Pernah mengalami situasi yang tidak menyeronokkan begini? Oleh itu, melalui laman Facebook, seorang chef bernama Chef Ashiqin berkongsi salah satu tip dan tutorial mengenai cara hendak membersihkan tumpahan minyak di atas lantai ini, hanya menggunakan bahan yang terdapat di dapur.

Cara Membersihkan Tumpahan Minyak Di Lantai

VIEW IN GALLERY

Ini adalah minyak gamat.

VIEW IN GALLERY

Pertama, taburkan apa-apa jenis tepung dengan banyak.

Sekiranya terus dilap dahulu dengan kain atau tisu, ia akan meninggalkan kesan yang lebih beminyak. Apabila dimop, kesan tersebut akan melekat padanya.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Biarkan dalam 30 – 40 saat.

VIEW IN GALLERY

Kemudian, pakai sarung tangan dan gaulkan sehingga menjadi ketulan, lalu memudahkan ia tertanggal dari lantai.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Akhir sekali, barulah boleh mengelap lantai dengan tisu dan mencucinya seperti biasa. Mudah sahaja, kan.

Jadi, mari sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.

Kredit: Chef As – As Homemade

Tags: #cara bersihkan tumpahan minyak #cara mudah cuci tumpahan minyak #tip bersihkan tumpahan minyak

Ubahsuai Rumah Lama Jenis Cape Cod Tahun 1950 Melalui Projek ‘Kotej Chesterfield’
Mohon share tanda sukaKita pasti mahukan orang melihat kecantikan dan fungsi setiap ruang
Ubahsuai Rumah Lama Jenis Cape Cod Tahun 1950 Melalui Projek ‘Kotej Chesterfield’
Mohon share tanda sukaKita pasti mahukan orang melihat kecantikan dan fungsi setiap ruang
Kemas Bilik Dari Habuk Kotoran, Wanita Ini Kongsi Prosesnya. Elak ‘Penilaian’ Tetamu
Mohon share tanda sukaSiapa akan terasa seperti dinilai oleh tetamu apabila mereka berkunjung
Transformasi Home Gym Di Bahagian Bilik Bermain Bawah Tanah Melalui DIY Bajet
Mohon share tanda sukaMempunyai ruang untuk bersenam adalah impian peminat-peminat gim. Disebabkan itu,

Comments are closed.