Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Pertama Kali Belajar Deko, Ini Hasil DIY Dinding Shiplap Ruang Tamu Teres
    DIY

    Pertama Kali Belajar Deko, Ini Hasil DIY Dinding Shiplap Ruang Tamu Teres

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 17, 2021Updated:October 5, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pertama kali hendak mendeko rumah, kebanyakannya akan melihat dan belajar dari group-group FB, YouTube dan laman-laman web. Begitu juga dengan Ct Nadia apabila selama 5 hari, dia telah menghasilkan dinding shiplap di ruang tamu rumah teresnya dengan kos dalam RM 500. Di sini turut disertakan bahan, semuanya dari Shopee, dan cara membuatnya di bawah. Menurutnya, perbezaan harga adalah dalam RM 30 – RM 50 lebih murah dari kedai.

    Dinding Sebelum

    VIEW IN GALLERY

    Saiz dinding adalah 10 kaki x 10 kaki.

    Bahan-bahan:

    – 55 keping MDF board berukuran 4 kaki dan tebal 6 mm berharga RM 250. Semasa memotong, pastikan betul-betul mengikut bentuk dinding untuk memastikan sambungan board tidak renggang

    – 3 buah gam X’traseal X-Bond

    – 2 buah gap filler

    – 1 paket batang aiskrim

    – Cat jenama Jotun Majestic True Beauty (Matt) kod warna Scooter 5397 berharga dalam RM 160 (termasuk undercoat). Jika permukaan shiplap tidak cantik, ia kurang kelihatan apabila menggunakan matt

    Proses DIY Shiplap

    VIEW IN GALLERY

    Mulakan di bahagian bawah. Ukur dengan betul kerana pemasangan di atas akan mengikut di bawah.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas itu, lapikkan 3 batang aiskrim untuk lapisan seterusnya, sehingga ke siling.

    VIEW IN GALLERY

    Seterusnya, isikan gap filler di bahagian sambungan dan tepi dinding. Selepas kering, gosokkan dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan.

    VIEW IN GALLERY

    Cat undercoat menggunakan Jotun Majestic Primer. Mulakan di celahan gap menggunakan berus bersaiz kecil, barulah cat keseluruhannya.

    Proses yang sama dengan mengecat, buatkan 2 lapisan berselang 2 jam (1.5 liter digunakan).

    VIEW IN GALLERY

    Selepas selesai, touch-up secukupnya.

    Hasil DIY Pertama Kali Dinding Shiplap

    VIEW IN GALLERY

    Akan datang seterusnya, wainscoting dinding kiri dan kanan.

    Boleh rujuk perkongsian ini sekiranya berminat untuk men-DIY dinding begini.

    Kredit: Ct Nadia

    diy dinding shiplap idea deko dinding idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDitinggalkan Selama Setahun, Ini Hasil Deko Rumah Secondhand Milik Sendiri
    Next Article Idea Kabinet Kasut Guna Kabinet Trones IKEA. Boleh Juga Simpan Barangan Lain

    Related Posts

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.