Selalunya kita akan melakukan perubahan pada dekorasi rumah apabila telah sampai waktunya. Tetapi berlainan bagi Hamidah Yussof apabila dia ingin mengekalkan konsep deko yang telah digunakan pada rumahnya sehingga berpindah ke rumah baru nanti. Menurutnya, rumah jenis teres setingkat yang berkeluasan 22 x 65 ini telah lebih setahun disewa sebagai tempat tinggalnya bersama 4 orang ahli keluarganya yang lain. Dia ingin berkongsi dekorasi lengkap rumahnya, khasnya di ruang tamu. Selain itu, sedikit dekorasi dalam bilik tidur yang menggunakan perabot asas dari IKEA dan barangan yang di’mix and match’ dari kedai-kedai lain.
Pasu chrome dari SSF.
Pokok-pokok indoor kebiasaannya disiram di tempatnya dalam seminggu sekali sahaja. Sekiranya cuaca terlalu panas, siram sekali setiap 4 hari. Tetapi lihat pada jenis pokok.
Hasil Dekorasi Ruang Tamu Rumah 1 Tingkat
- Lounge chair (plastik dan besi) jenama Acapulco berharga RM 399 untuk 2 buah dari Lancco
- Bantal corak polkadot berharga RM 11.04 dan karpet dari Shopee
- Meja kopi dari My Concept Furniture, Krubong
- Sofa dari kedai perabot La Myva, Melaka
- Kipas jenama KDK
Ruang kerja menggunakan rak dinding jenama Bergshult/Ekby Valter berukuran 120 x 32 cm berharga RM 83 dan meja jenama Linnmon/Finnvard berukuran 150 x 75 cm berharga RM 389 dari IKEA.
Kabinet TV menggabungkan 2 buah IKEA PS berukuran 119 x 63 cm berharga RM 299 sebuah.
Corak dinding di ruang makan menggunakan masking tape atau washi tape.
- Karpet dari Shopee
- Cermin dari Mr. DIY
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada semua.
Kredit: Hamidah Yussof