Berapa ramai penghuni rumah yang mengubahsuai dan mendekorasi ruang dobi mereka? Ramai yang lebih memberikan perhatian kepada ruang yang utama seperti ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur dan lain-lain. Tetapi tahukah anda, ruang dobi juga memerlukan dekorasi yang menarik? Hal ini dinyatakan oleh seorang konsultan deko iaitu Khairunnisa Hamzah yang menekankan tentang kepentingan dekorasi termasuklah pada ruang dobi. Ini kerana dekorasi memberi kesan kepada emosi dan mood kita, sekiranya sesuatu ruang itu tidak dijaga dengan baik, ia boleh mengurangkan rasa keinginan kita untuk melakukan kerja.
Dengan adanya sesuatu dekorasi, pasti kaki kita akan terasa berat untuk keluar dari ruangan itu dek kerana pemandangan yang menyenangkan mata. Sebagai contoh di negara-negara barat, kita boleh lihat pada setiap sudut rumah mereka telah didekorasi dengan sebaiknya kerana ia mendatangkan aura positif pada keseluruhan rumah. Oleh itu, jangan menganggap dekorasi ruang yang tidak terlihat oleh pandangan orang luar seperti ruang dobi ini adalah membazir dan tidak perlu. Mungkin ada antara kita tidak mempunyai idea untuk mengubahsuai ruang dobi agar lebih baik jadi, Puan Nisa telah berkongsi 8 gambar idea dekorasi yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Kita perlu faham akan tujuan dan kepentingan dekorasi dalam kediaman, kerana dekorasi itu menjadi gambaran kepada peribadi dan gaya hidup penghuni rumah itu sendiri.
Kredit: Khairunnisa Hamzah
Gallery of Nak Ubahsuai Ruang Dobi? Ini 8 Idea Oleh Deco Consultant
Tags: #idea deko ruang dobi #idea ubahsuai #kepentingan dekorasi