Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Idea Susun Atur Yang Simple Ini Jadikan Rumah Kekal Kemas
    Idea Dekorasi

    Idea Susun Atur Yang Simple Ini Jadikan Rumah Kekal Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 29, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Seorang blogger wanita yang menggunakan nama ‘Susun Atur Sioca’ telah berkongsi di laman Facebook mengenai caranya dalam memastikan keadaan rumah kekal kemas sepanjang masa, iaitu menyusun atur barang dengan simple saja. Apa yang dilakukannya? Pertama sekali, rumahnya mempunyai 4 bilik dan satu airwell (ruang udara) yang dibahagikan kepada bilik utama, bilik anak-anak, bilik pakaian dan ruang dobi.
    Untuk ruang dapur, ruang tamu dan ruang makan hanya diletakkan perabot asas sahaja yang digunakan seharian. Sekiranya ada perabot yang sudah rosak, baru lah akan digantikan dengan perabot yang baru. Dinding juga dibiarkan kosong tanpa sebarang deko kecuali jam dan cermin serta beberapa bingkai di dapur kerana mahu menutup sedikit keretakan pada dinding. Selain itu juga, dia hanya menyediakan satu tikar pvc khas untuk tetamu.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Bilik tidur hanya mempunyai sebuah katil. Semua pakaian diletakkan dalam bilik pakaian.
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Bilik buku pula hanya mempunyai rak buku dan meja belajar. Tuan rumah menggunapakai konsep ‘setiap barang perlu ada rumah sendiri’ untuk lebih tersusun dan mudah kemas. Sekiranya anak-anak ingin belajar, mereka akan duduk di satu tempat dan bawakan semua keperluan belajar. Setelah selesai, semua keperluan dikembalikan pada tempat asal dalam bilik buku.
    VIEW IN GALLERY
    Seterusnya, bilik pakaian menggunakan konsep ‘pakaian tergantung’. Menurutnya, konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri kerana pakaian tidak perlu dilipat, kecuali kain pelikat, kain batik dan tuala. Untuk pakaian yang kecil-kecil sudah disediakan kotak masing-masing.
    VIEW IN GALLERY
    Airwell rumah dijadikan ruang dobi. Asalnya ruang ini adalah terbuka tetapi ditutup dengan zink lutsinar untuk mengelakkan hujan dan membolehkan cahaya matahari untuk masuk. Di sini diletakkan mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor seperti cat, tangga dan lain-lain.
    Kredit: Susun Atur Sioca
    idea deko rumah konsep simple tips rumah kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUbahsuai Rumah Sewa Konsep Minimalis Tetapi Kemas
    Next Article Nak Ubahsuai Ruang Dobi? Ini 8 Idea Oleh Deco Consultant

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.