Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Nampak Mahal & Mewah, Tetapi Ini Hakikat Di Sebalik Terbinanya Rumah Kayu Ini
    Idea Dekorasi

    Nampak Mahal & Mewah, Tetapi Ini Hakikat Di Sebalik Terbinanya Rumah Kayu Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDSeptember 8, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Perjalanan untuk membina rumah untuk dijadikan sebuah teratak keluarga pasti ada kesukarannya. Sedikit pengalaman mengenai pembinaan sebuah rumah kayu milik Nani’s Makeover telah dikongsikan. Di sebalik ‘mahal’ dan mewahnya rupa rumah ini, hakikat kisah terjadinya ia tidak mudah.

    Asalnya, dia tinggal bersama ibunya. Berbanding menyewa di luar, jika dibina rumah sendiri lebih berbaloi. Cadangan awalnya hendak membuat rumah kecil sahaja, sesuai dengan bajet tidak sampai RM 10K. Tetapi apabila difikirkan semula, alang-alang membuat, buat dengan bersungguh.

    Dekorasi Rumah Kayu Hasil Pembinaan Selama Bertahun-Tahun

    VIEW IN GALLERY

    Maka, bermula tahun 2010, penjimatan diamalkan sehabis boleh iaitu, tidak ada TV, makan di luar, berjalan, membeli-belah dan emas.

    Dapat menyiapkan bilik, ia bukan sahaja tempat tidur, tetapi juga tempat memasak. Ruangan lain pula tidak berlantai dan hanya kotak digunakan sebagai langsir. Tahun demi tahun, apabila mempunyai sedikit modal, barang dibeli dan tukang diupah. Ada modal, bertambah sedikit barang. Begitulah rutin selama bertahun-tahun.

    VIEW IN GALLERY

    Kos (upah) halaman hadapan sahaja lebih kurang RM 11K, dengan bumbung genting.

    Sehinggalah pada tahun 2019, barulah siap dengan sempurna ruang dapur dan dekorasi rumah mengikut citarasa sendiri. Dari situlah perjalanan dekorasi secara beransur-ansur dengan menggunakan barang-barang terpakai dan bahan-bahan kutipan bermula.

    Akhirnya pada tahun 2021, barulah terasa selesa pandangan mata kerana dapat merealisasikan dekorasi impian.

    VIEW IN GALLERY

    Tiang tangga menggunakan kaki meja snuker yang dikutip.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Langsir dijahit sendiri, siling menggunakan kayu terpakai dan lantai berjubin.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

     

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Semua orang mengimpikan untuk duduk di rumah sendiri. Jika berduit, segalanya boleh disiapkan dengan segera. Tetapi sebenarnya, golongan biasa seperti kita juga boleh mencapai impian tersebut dengan ‘bermodalkan’ kesabaran yang tinggi.

    Kredit: Nani’s Makeover

    deko kreatif rumah kayu idea deko rumah inspirasi binaan rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Pintu Sliding Untuk Table Top Dapur Dengan Modal Tak Sampai RM 100
    Next Article Dekorasi Rumah PPR 650 Sqft Yang Lapang Dan Bersih Bertemakan Warna Putih

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.