Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»Panduan Pengurusan Fail, Kertas, Resit Dan Bil. Mudah Cari & Lebih Tersusun!
    Idea Kreatif

    Panduan Pengurusan Fail, Kertas, Resit Dan Bil. Mudah Cari & Lebih Tersusun!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 29, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pening mencari dokumen-dokumen yang diperlukan disebabkan diletakkan di merata-rata tempat? Perkongsian ini membantu anda membuat pengurusan kertas seperti dokumen penting, resit dan bil-bil. Ikuti cara ini supaya memudahkan urusan pencarian anda selepas ini.

    Tips:

    – Sediakan beberapa fail berasingan. Satu fail untuk satu perkara, atau beli fail accordion dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara

    – Labelkan fail supaya mudah untuk mengemaskini

    – Pastikan fail sama saiz, warna, bentuk dan lain-lain. Label juga menggunakan font dan style yang sama

    Panduan Klasifikasi Fail

    VIEW IN GALLERY

    1. DOKUMEN PENTING

    • Sijil lahir
    • Salinan kad pengenalan
    • Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
    • Buku bank simpanan
    • Passport
    • Lain-lain (surat penceraian, sijil kematian)

    2. RUMAH

    • Kad waranti pembelian barang elektrik
    • Manual penggunaan barang elektrik
    • Resit pembelian perabot dan alat elektrik

    3. BIL UTILITI

    • Elektrik
    • Air
    • Pembentungan
    • Siaran TV berbayar
    • Talian Internet rumah
    • Postpaid telefon

    VIEW IN GALLERY

    4. AKADEMIK

    Semua surat rasmi dari universiti. Buat pembahagi dilabelkan dengan nama anda.

    5. KERJAYA

    Surat rasmi berkaitan pekerjaan, surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja dan tawaran kursus. Memudahkan untuk mengemaskini resume.

    6. PINJAMAN

    Surat-surat perjanjian bersama bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjaman, dan lain-lain. Bahagikan kepada beberapa perkara seperti hutang pelajaran, rumah dan pinjaman kewangan peribadi.

    VIEW IN GALLERY

    7. KESIHATAN

    Maklumat kesihatan seperti salinan sijil sakit dan laporan pemeriksaan kesihatan. Untuk anak, sediakan fail accordion khas untuk dibawa ke klinik/hospital.

    8. SIJIL

    Sijil-sijil yang tidak perlu disimpan dalam folder temuduga dan sijil-sijil sekolah.

    9. CUKAI

    • Pembelian buku/majalah/penerbitan
    • Zakat/derma
    • Resit pembayaran yuran pendidikan
    • Perbelanjaan perubatan
    • SSPN
    • Lain-lain pelepasan cukai

    VIEW IN GALLERY

    10. KENDERAAN

    • Geran
    • Insuran
    • Resit-resit servis
    • Lain-lain dokumen (kemalangan, gambar, laporan polis)

    VIEW IN GALLERY

    Semoga bermanfaat!

    Kredit: Hani Mynis

    idea susunan dokumen panduan pengurusan fail tips pengurusan dokumen
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePecah Dinding Demi Konsep Dapur Terbuka, Hasilnya Ruang Rumah Lebih Luas
    Next Article Asalnya Hanya Ingin Tukar Kedudukan Pintu, Jadi Projek Renovasi Bilik Air Kecil

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.