Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Design trends»Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah
    Design trends

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDApril 9, 2023No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menjadikan rumah kelihatan lebih elegan dan menarik. Antaranya hiasan papan shera sebagai aksesori yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah dan di hujung atap (cucur atap). Diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber, ketahanannya lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada luar rumah.

    Kegunaan Kaedah Papan Shera Untuk Luar Rumah

    VIEW IN GALLERY

    Kualiti kayu kini tidak sama dengan era 80-an – 90-an. Salah satu faktor, pokok balak yang ditebang kini tidak matang sepenuhnya untuk diproses dijadikan kayu. Apabila menggunakan kayu sebegitu, menyebabkannya mudah melentur apabila pengeringan dalam cuaca panas dan akan menampakkan sedikit kecacatan pada bumbung rumah dan apa-apa hiasan yang menggunakan kayu.

    Alternatif penggunaan papan shera pada dinding luar mampu mengurangkan suhu rumah kerana akan menghalang haba matahari dipancar terus ke bata dinding dan hanya sedikit haba dapat melepasi ruang bata ke dalam rumah.

    VIEW IN GALLERY

    Bahan ini bukan sahaja mudah diperolehi di pasaran, bahkan tidak memerlukan alatan canggih untuk dipasang di samping mengikut trend terkini. Pemasangannya hanya perlu menggunakan paku biasa atau skru.

    Terdapat dalam corak uratan kayu yang akan menjadikan rumah lebih klasik maka amat sesuai dikenakan pada dinding luar dan bumbung rumah batu.

    VIEW IN GALLERY

    Antara kelebihan hiasan shera:

    – Kalis cuaca, api danĀ air

    – Tahan panas

    – Mudah dipasang

    – Proses pengecutan yang sangat sedikit

    – Mengurangkan suhu rumah

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Mempunyai kelebihan tersendiri, papan shera lebih tahan lama dan kuat berbanding kayu untuk luar rumah yang terdedah pada cuaca ekstrem berbanding dalam. Ianya bahan terbaik menggantikan kayu bagi menjadikan luar rumah lebih menarik mengikut citarasa.

    Kredit: Renovation perumahan taiping

    idea papan shera idea rumah papan shera kegunaan papan shera
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePemulihan Mesin Jahit Lama Peninggalan Ibu Setelah 10 Tahun Tidak Digunakan
    Next Article Ubahsuai Deko Bilik Tetamu & Kerja Tema Putih & Tona Kayu. Lebih Cerah & Tenang!

    Related Posts

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.