Halaman rumah kelihatan kosong dan tidak berseri? Ini cara seorang lelaki bernama Fekree Huo dalam membantu menaikkan seri laman rumah seorang pemilik di Temerloh. Melalui perkongsiannya dalam FB group ‘Deco Rumah Cara Shopee (DRCS)’, tuan rumah hendak menjimatkan kos dari menaikkan pagar batu. Maka atas permintaannya, laman yang kelihatan kosong itu diserikan dengan penggunaan papan shera dalam satu projek DIY. Ia dibuat pagar kerana mudah dan tahan hujan dan panas. Dengan anggaran kos dalam RM 700 (sehingga belakang), hasilnya, laman terus naik seri.
Sebelum
Hasil DIY Pagar Papan Shera Pada Laman Rumah
Peralatan untuk pemotongan menggunakan grinder dengan mata diamond (digunakan untuk memotong mozek atau granit), skru self-drilling bersaiz 1 inci kerana ‘ditembak’ pada tiang pagar asal dan cat jenama Easy Paint (tahan cuaca panas).
Bahagian hujungnya perlu dipotong sendiri.
Tuan rumah pun pasti tersenyum sehingga ke telinga. Jom bersama buat!
Kredit: Fekree Huo Da