Sesetengah orang bila nak mendeko rumah, gemar gunakan warna yang pelbagai supaya rumah kelihatan lebih ceria, dan ada juga yang gunakan gabungan 1-2 warna sahaja untuk tampil minimalis. Begitu juga yang meminati warna hitam dan putih yang menampakkan suasana rumah yang simple tetapi stylish. Khas untuk peminat warna ini, kami ingin kongsikan sedikit tips daripada Azizul Azli Ahmad, seorang penulis buku dan penasihat kewangan dan rumah tentang apa yang perlu anda tahu sekiranya ingin menggunakan warna ini untuk deko rumah anda.
1. Skema warna ini paling mudah untuk diadunkan. Hanya perlu hitam, putih dan kelabu.
2. Perlukan ‘sedikit’ keberanian kerana tak ramai orang berani masukkan warna hitam dalam sesebuah ruang.
3. Pastikan kuantiti warna betul, jangan gunakan warna hitam dengan berlebihan agar kediaman tak terlalu gelap.
4. Tambahkan sedikit warna nature seperti daun hijau atau lantai kayu untuk lebih ‘menghidupkan’ ruang supaya ruang tidak jadi terlalu keras dan kaku.
5. Tema ini beri kesan formal, serius, kemas dan tersusun pada ruang. Ia menunjukkan pemiliknya seorang yang serius, menjaga penampilan dan mempunyai gaya tersendiri.
Jom tengok sekali contoh-contoh deko rumah yang menggunakan tema warna hitam dan putih ini.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Gallery of Peminat Warna Hitam & Putih, Baca Tips Ini Untuk Deko Rumah Anda
Tags: #idea deko rumah #tema hitam putih #tips deko hitam putih