Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Pengalaman Pasang Wainscoting Dari Semua Jenis Material Sebagai Panduan
    Idea Dekorasi

    Pengalaman Pasang Wainscoting Dari Semua Jenis Material Sebagai Panduan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 24, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang pengguna Facebook iaitu Fizi Hamid telah berkongsi pengalamannya memasang wainscoting secara DIY dari semua jenis material. Kelebihan dan kekurangan setiap material yang dinyatakan diharapkan berguna untuk anda sebagai panduan. Namun, ini merupakan pandangan peribadinya yang mungkin berlainan untuk setiap orang.

    VIEW IN GALLERY

    Wainscoting Foam

    Kelebihan:

    – Sangat murah dan ringan

    Kekurangan:

    – Susah dibentuk dan mudah penyek

    – Sukar untuk kembali kepada bentuk asal

    (Rating: 1 bintang)

    Wainscoting PVC Roll

    Kelebihan:

    – Harga mahal dari foam tetapi murah dari kayu

    – Tidak boleh dipenyek

    Kekurangan:

    – Sedikit sukar untuk dibentuk kerana dalam bentuk gulung

    (Rating: 2 bintang)

    VIEW IN GALLERY

    Wainscoting PU/Plaster (Harga lebih kurang dengan PVC)

    Kelebihan:

    – Keras, tegak dan mempunyai kepanjangan 2 meter lebih

    Kekurangan:

    – Mudah patah terutama jika dibeli online

    – Sukar untuk mengikut permukaan dinding yang tidak rata

    – Sukar dipotong kerana memerlukan gergaji paip dan sedikit kemahiran

    (Rating: 3 bintang)

    VIEW IN GALLERY

    Wainscoting Kayu

    Kelebihan:

    – Harga agak mahal tetapi mempunyai peminat tersendiri kerana corak bunga yang bermacam jenis

    Kekurangan:

    – Memerlukan kesabaran apabila dipasang kerana perlu digosok dengan kertas pasir dan cat sebelum mendapat hasil permukaan yang diinginkan

    – Pemotongan memerlukan peralatan seperti gergaji dan sedikit kemahiran

    – Tidak sesuai untuk rumah yang mempunyai permukaan dinding yang tidak rata kerana ia akan kelihatan tergantung dan memerlukan banyak kerja kemasan

    (Rating: 3 bintang)

    VIEW IN GALLERY

    Wainscoting Plastic/Hard Plastic (digunakan oleh Fizi)

    Kelebihan:

    – Harganya murah dari PVC dan kayu

    – Keras dan tegak tetapi masih boleh dipotong menggunakan pisau yang tajam

    – Berkualiti kerana tidak perlu digosok atau dicat, sebaliknya datang dengan permukaan yang licin

    – Sesuai untuk permukaan dinding yang tidak rata kerana walaupun tegak, ia masih boleh dilentur untuk mengikut permukaan dinding

    Kekurangan:

    – Datang dalam ukuran kepanjangan 1 meter setiap batang yang memerlukan gap filler yang lebih untuk menyambung satu sama lain

    (Rating: 4 bintang)

    VIEW IN GALLERY

    Wainscoting berharga RM 2.30 – RM 4.40 dari Shopee. Cat dinding warna Creame.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Fizi Hamid

    idea wainscoting dinding panduan wainscoting tips pemilihan wainscoting
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePersis Hotel 5 Bintang, Transformasi Bilik Stor Kepada Bilik ‘Hotel Bajet’ Tetamu
    Next Article 5 Idea Dan Tips Penyediaan Ruang Kerja Yang Perlu Anda ‘Take Note’

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.