Kami ingin kongsikan hasil dekorasi ruangan dalam sebuah rumah yang terhasil dari projek DIY dinding serta ruangan dapur basah dan kering pada sebelum dan selepas di bawah. Ia dikongsikan oleh Shakila Bakar melalui FB group dekorasi. Jom tengok!
Hasil Projek DIY Dinding Dengan 3 Corak
Ini adalah perkongsian projek DIY dinding yang dibuat bersama suami dan anak-anak bujangnya sejak setahun mereka berpindah masuk ke rumah ini iaitu:
1) Wainscoting
2) Batten
3) Shiplap
Frame gambar dari Uwais Decor Gallery.
Kayu shiplap berharga 99 sen – RM 3.24 dari Shopee.
Guna kayu berukuran 1 inci lebar dari kedai hardware.
Ruang Dapur Basah (SEBELUM)
Asalnya, ruangan ini merupakan bilik anaknya, tetapi dijadikan dapur basah. Selepas itu, dia mengubahnya kepada ruang dapur kering pula tetapi ia belum siap sepenuhnya. Dapur baru ditambah untuk ruang dapur basahnya sebelum ini.
Langsir dari Jakel.
Ruang Dapur Kering (SELEPAS)
Kitchen island ditempah dari Kak Min Home Furnishing (Facebook).
Set meja makan dari Ruzita Ab Majid (Facebook).
Ruang Dapur Basah Yang Baru
Lantai vinyl dari kedai Eco. Ukuran 20 x 10 kaki menggunakan lebih kurang 7 kotak. Sekotak mempunyai 20 keping.
Semoga memberi inspirasi!
Kredit: Shakila Bakar