Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Petua Ringkas Suburkan Tanaman Guna Baja Roti. Cara Buat Pun Mudah!
    DIY

    Petua Ringkas Suburkan Tanaman Guna Baja Roti. Cara Buat Pun Mudah!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 30, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Gembiranya jika melihat tanaman pokok tumbuh subur dan berkembang sihat kan. Ada sebuah petua ringkas yang ingin dikongsikan kepada anda dalam menyuburkan tanaman ini. Kosnya sangat murah dan tidak perlu menggunakan tenaga. Apakah ia? Petua ini dipanggil baja roti atau nama sebenarnya, MOL (Mikroorganisma Lokal). Dengan 2 bahan sahaja iaitu air dan roti, semua tanaman pokok akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun semakin menghijau, dan jika pokok tidak pernah berbuah, akan mula mengeluarkan buah. Ramai orang sudah mencubanya dan berjaya. Cara membuatnya pun mudah sahaja.

    VIEW IN GALLERY

    Bahan-bahan:
    1. Sekeping roti
    2. Air sebanyak 1.5 liter

    – Air hujan atau air basuhan beras sahaja
    – Jika ingin menggunakan air paip, dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat mengurangkan/menghilangkan kandungan klorin
    – Boleh juga menggunakan penapis air seandainya anda sedia maklum bahawa ia boleh menyingkirkan kandungan klorin

    VIEW IN GALLERY

    Cara-caranya:
    Koyak-koyakkan roti dan masukkan ke dalam botol. Kemudian, masukkan air.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Peram dan letakkannya di tempat gelap. Minimum peraman adalah 4 hari, atau paling efektif selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari, penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian.

    MOL seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tetapi ia boleh bertahan sehingga setahun jika anda rajin memberi gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.

    VIEW IN GALLERY

    Apabila baja sudah menjadi, tuangkan sebotol ke dalam bekas penyiram dan tambahkan air hujan sehingga bekas penuh. Mulakan siraman pokok.

    Siram dengan baja roti ini sebanyak 3 kali seminggu.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dah baca tu, cubalah petua ini hari ini juga. Siram dan lihat keajaibannya pada pokok anda.

    Kredit: Intan Suhana

    cara buat baja roti idea diy baja pokok petua tanaman subur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Ruang Dapur Rumah Pangsa 650 Ft Berkonsepkan Ala Bohemian
    Next Article Transformasi Tangga Secara DIY Guna Barang Dari Shopee. Hasilnya Wow!

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.