Biar tidak ada konsep, asalkan mata si pemilik ‘sedap’ memandangnya. Itu yang digunapakai oleh Atie MieZara dan suami dalam pelaksanaan projek dekorasi terhadap rumah jenis flat berkeluasan kecil mereka yang dibeli pada tahun 2015. Projek yang dilakukan pada awal bulan Februari tahun ini dihasilkan oleh mereka bersama, melalui pembelian barang dekorasi secara berperingkat, pemasangan wainscoting dan penukaran cat baru selepas 5 tahun.
Hasil Dekorasi Rumah Flat Kecil
Dinding dan lantai jubin.
Grill sebelumnya berwarna putih.
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic True Beauty Sheen kod warna 1016/S2005-Y20R Antique White.
Kos keseluruhan wainscoting (menggunakan kayu dari kedai hardware) dalam RM 250. Kayu yang besar berharga RM 22 sebatang.
- Sign HOME dan penggantung bunga dari Mr. DIY
- Sofa jenis fabrik (boleh dibuka untuk dibasuh) berharga RM 1800 dan kabinet TV berharga RM 300 dari Plaza Perabot 2020, Puchong
- Meja sisi dari Kaison
Asal sofa berbentuk L (dari Jetin Furniture), tetapi ditanggalkan 1 bahagian dan dijadikan sofa bed.
- Karpet Turki dari Nilai (saiz besar berharga RM 600)
- Rak dinding, pokok hijau dan kerusi putih dari IKEA
- Wallpaper ruang TV dan pintu dari GM Klang
Teruskan mendekorasi rumah anda mengikut citarasa sendiri.
Kredit: Atie MieZara