Ramai daripada kita yang lebih memilih untuk jimat selagi boleh, termasuk penggunaan perabot-perabot dalam rumah. Disebabkan itu, seorang lelaki iaitu Ismail Bidim telah men-DIY sendiri kabinet TV rumahnya. Ia mengambil masa paling lama untuk disiapkan iaitu hampir 2 bulan.
Proses DIY Kabinet TV
Kayu solid berukuran 1 x 10 inci. Potong mengikut ukuran yang dikehendaki.
Gergaji circular jenama Prescot.
Paku menggunakan nail gun jenama Dongcheng berharga RM 200 (untuk maksima paku 2 inci) untuk meminimakan kerosakan.
Rangka Utama Rak
Terdapat 3 bahagian.
Buaian juga merupakan hasil projek DIY-nya.
Kerangka Rak Tepi
Selesai cat menggunakan cat kayu (harga RM 70 untuk 5 liter), lekatkan di dinding dengan angle besi.
Masukkan rak bawah dan rak atas.
DIY Background TV Dan Saluran Wayar
Kerangka menggunakan kayu berukuran 1 x 2. Letakkan kayu melintang dahulu pada bahagian atas dan bawah. Kemudian, kayu menegak di-skru pada kayu melintang.
Potong dan masukkan papan plywood 18 mm. Letakkan gam terlebih awal.
Meca (lapisan finishing) mengikut warna dan corak pilihan. Harga untuk warna kelabu bercorak ini adalah RM 108, ditempah dari kedai hardware perabot. Potong mengikut saiz background.
Letakkan gam dan tampalkan. Siap!
Hasil DIY Kabinet TV. Hasil Yang Kemas!
Pintu rak atas ditempah berharga RM 14 untuk sekaki. Pasangkan gas spring (dari kedai hardware perabot) untuk memudahkan ia dibuka.
Pasangkan TV. Jenama Sharp berukuran 60 inci.
Selepas ini boleh DIY sahaja kabinet TV untuk rumah anda. Hasilnya nampak sama seperti dibeli.
Kredit: Ismail Bidim