Projek DIY Pasu Bunga Berkaki Guna Bakul Kedai Eco. Super Jimat!

Untung bagi mereka yang suka berDIY apa-apa barangan berbanding membeli di kedai kerana semestinya cara DIY lebih menjimatkan. Macam Maria Ariana yang berkongsi satu projek DIY oleh suaminya iaitu, pasu bunga menggunakan bakul kedai Eco, siap berkaki. Tambahan pula, terdapat bahan-bahan yang telah sedia ada di rumah seperti kayu dan hiasan batu. Manakala yang lainnya dari kedai hardware. Memang jimat!

Senarai alatan yang digunakan:
1. Bakul
2. Kayu berukuran 2 inci x 1/2 inci
3. Kayu batang mop
4. Tali
5. Paku atau skru

Mari kita tengok langkah-langkahnya di bawah. Mana tahu ada yang berminat untuk mencubanya.

VIEW IN GALLERY

Langkah pertama, gunakan kayu berukuran 2 inci x 1/2 inci dan panjang 9 inci atau mengikut kelebaran bakul yang digunakan. Potong pada bahagian tengah kayu untuk dicantumkan.

VIEW IN GALLERY

Potong kayu batang mop kepada 4 bahagian dengan kepanjangan 10 inci setiap satu, atau mengikut citarasa anda.

VIEW IN GALLERY

Apabila kayu sudah dicantumkan, pakukan atau skru pada bahagian tengahnya.

VIEW IN GALLERY

Cantumkan batang mop dengan kayu bersilang, terpulang sama ada mahu menggunakan paku atau skru. Paras kedudukan kayu juga diletakkan mengikut citarasa anda.

VIEW IN GALLERY

Tambahbaik keadaan pasu dengan menutup lubang pada bahagian tepi bakul tersebut.

VIEW IN GALLERY

Gunakan tali seperti dalam gambar dan lilit bahagian atas sekeliling bakul kemudian gamkan. Tali boleh didapati dari kedai hardware dengan harga RM 2 – 3.

VIEW IN GALLERY

Tambah hiasan batu-batu kecil untuk memenuhi ruang dalam bakul. Batu boleh didapati di kedai menjual pasu dan pokok bunga manakala pokok dari kedai barang pengantin berharga RM 115 berketinggian 140 cm, mempunyai 15 helai daun.

Kredit: Maria Ariana

Tags: #Diy pasu bunga #idea diy #tips bajet rendah

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine
Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa
DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi
Semua orang menyukai pelangi. Disebabkan itu, sebuah projek DIY dinding accent pelangi ditambah
DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!
Projek DIY wainscoting shiplap sangat menyeronokkan kerana cukup mudah namun menjadi statement besar,
DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri
Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti