Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Projek ‘Makeover’ Dinding Dengan Design Batu-Bata Inspirasi Dari Bangunan KFC
    DIY

    Projek ‘Makeover’ Dinding Dengan Design Batu-Bata Inspirasi Dari Bangunan KFC

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 23, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bukan sahaja hiasan rumah orang lain boleh dijadikan inspirasi tetapi bangunan-bangunan juga boleh memberi ilham kepada kita untuk digunakan dalam hiasan rumah sendiri. Ini berlaku kepada Asrul Achoi apabila pada satu hari ketika dia keluar makan di sebuah restoran KFC, dia tertarik dengan design dinding yang bercorak batu-bata pada bangunan tersebut. Sejurus selepas itu, dia meminta isterinya untuk membeli batu-bata palsu bernama Suzuka Kastone Brick kod 3101 dari kedai jubin dan mozek, serta alatan lain. Sekotak mempunyai 30 keping batu-bata yang berharga dalam RM 90.

    Untuk pemasangan, dia merujuk pada YouTube memandangkan dia tidak mahir. Berbekalkan kapak berharga RM 20, dia mengetuk dinding rumahnya supaya permukaan menjadi kasar. Menurutnya, dia menyukai proses kerja ini cuma part habuk adalah yang paling mencabar. Boleh lihat hasil ‘makeover’ dindingnya di bawah ini.

    VIEW IN GALLERY

    Design yang diinginkan Asrul.

    VIEW IN GALLERY

    Tutupkan dengan plastik dan ketuk di sebalik plastik itu supaya habuk terperangkap dan tidak berterbangan. Tetapi tetap utamakan keselematan dengan memakai mask dan spek mata, bimbang habuk akan masuk ke dalam mata dan hidung.

    VIEW IN GALLERY

    Dinding sebelum ini adalah gaya momento.

    Siap mengasarkan dinding. Selain kapak, boleh menggunakan mesin seperti grander atau drill tetapi habuk akan menjadi 2 kali ganda.

    VIEW IN GALLERY

    Bancuhan simen gam bersama simen biasa.

    VIEW IN GALLERY

    Semburkan air pada batu-bata dan letakkan bancuhan simen tadi. Semburkan juga air pada dinding dan lekatkan batu-bata.

    VIEW IN GALLERY

    Tandakan menggunakan kayu antara gap. Celahannya pula perlu menggunakan piping bag dari kedai membuat kek. Masukkan simen di dalamya dan lalukan pada gap batu-bata itu. 15 minit kemudian, tarik kembali simen bagi rata semula.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Asrul Achoi

    dinding design batu-bata diy dinding batu-bata idea makeover dinding
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSaja Ubah Selera, Deko Dapur Basah Ini Diubah Ke Ala-Ala Modern Farmhouse
    Next Article Deko Dapur Hitam Putih Dengan Penggunaan Kabinet Gabungan Besi & Tin

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.