Ruang dapur nampak tidak menarik disebabkan table top dapur yang sudah berkarat dan buruk. Pemandangan ini pasti tidak menyenangkan, kan? Apatah lagi jika perlu melakukan kerja-kerja memasak dalam suasana sebegitu. Sebelum menggunakan dapur, baiki dahulu keadaan tersebut seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki ini. Perkongsian ini dibuat oleh isterinya iaitu Zana Rahaizak melalui FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’.
Projek yang dilakukan sewaktu cuti Tahun Baru Cina hari itu adalah untuk abang kepada suaminya, dengan kerjasama abangnya sekali. Kos barangan adalah dalam RM 500 dan selebihnya merupakan alatan seperti mesin welding yang banyak digunakan untuk besi-besi. Menurut Zana, ‘makeover’ table top dapur ini dilakukan dengan cara bajet sahaja memandangkan tuan rumah sudah mempunyai rancangan untuk membesarkan ruang dapurnya nanti.
Keadaan Sebelum Ruang Dapur Beserta Proses ‘Makeover’ Table Top Dapur
Ruang Dapur Hasil ‘Makeover’ Table Top Dapur Cara Bajet
– Rangka besi digunakan (cat berwarna hitam mati supaya cantik)
– Bahagian atas diletakkan jubin, serta skirting di bahagian dinding dan tepi
– Bahagian sinki sahaja diletakkan simen konkrit supaya kukuh, kemudian diletakkan jubin
Barulah nampak lebih kukuh dan menarik, serta selesa untuk melakukan sebarang kerja di dapur.
Kredit: Zana Rahaizak