Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Renovasi Ruang Dapur Kecil Bertemakan English Moden Dengan Warna Hijau
    Dapur

    Renovasi Ruang Dapur Kecil Bertemakan English Moden Dengan Warna Hijau

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMay 24, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ramai yang mempunyai dapur yang kecil menggunakan dekorasi gaya moden dalam dapur mereka. Ini bermakna walaupun kecil, tidak ada salahnya untuk mendekorasinya mengikut citarasa sendiri. Sama seperti dapur kecil milik pasangan Faeza dan Aliff Hakim yang direnovasi dengan bertemakan English moden ini. Menurut Faeza, tema tersebut dipilih kerana ia merupakan idaman hatinya manakala pemilihan warna hijau sage merupakan warna idaman suaminya, bertujuan untuk mencetuskan sedikit mood santai.

    Pasangan yang menetap di Kota Tinggi, Johor ini membelanjakan kos sebanyak RM 11.6K (tidak termasuk hood, hob, sinki dan backsplash) dan keseluruhannya sebanyak RM 14K untuk dapur idaman mereka. Hasil dapur kecil bertemakan English moden dengan warna hijau ini sememangnya sangat memuaskan hati. Boleh lihat perkongsian beberapa gambar ruang dapur sebelum dan selepas renovasi di bawah.

    Proses Renovasi Ruang Dapur

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil Renovasi Dapur Kecil Dengan Tema English Moden Warna Hijau

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet menggunakan material solid plywood dengan ukuran 13 kaki (atas dan bawah) manakala table top menggunakan material compress marble (sama seperti quartz stone), dibuat dengan Amirul Huzaimi (Facebook).

    • Hood dan hob jenama Senz dan sinki dari Lazada
    • Alas kaki dari Shopee

    VIEW IN GALLERY

    Ukuran lebar backsplash adalah 2 kaki.

    VIEW IN GALLERY

    Dapur memasak jenama Senz.

    VIEW IN GALLERY

    Kipas jenama Ecoluxe dari kedai lampu.

    Kos kabinet mesin basuh adalah RM 2K.

    Puas hati kan apabila mendapat dapur dengan konsep yang diinginkan, biarpun ruang yang kecil.

    Kredit: Pa’e Faeza

    dapur kecil warna hijau deko tema english moden idea deko dapur kecil
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBilik Impian Ketika Kecil Direalisasikan Melalui Bilik Anak Bertemakan Pink
    Next Article Hasil Dekorasi Rumah Dengan Warna Tema Idaman Kelabu. Simple & Kemas

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.