Nak menghias rumah ni sudah pasti perlu mengikut tema yang kita idamkan, tidak kira rumah sendiri atau sewa, barulah terasa puas hati dan seronok. Mufadzilah melalui FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’ telah berkongsi dekorasi rumahnya sebelum ini yang bercampur tema, sehingga hasil deko terkini yang akhirnya mengikut warna tema yang diidamkan iaitu kelabu. Perabot pula dibeli jenis murah-murah sahaja. Selain itu, semua frame gambar dibuat sendiri oleh suaminya supaya dinding nampak lebih berseri. Walaupun simple tetapi kemas.
Dekorasi Ruang Rumah Sebelum
Hasil Dekorasi Terkini Rumah Dengan Warna Tema Kelabu
Kod warna cat adalah Cloud Formation N 1971 (cerah) dan Granite Rock N 1980 T (gelap).
- Sofa dari kedai perabot Sin Hup Fatt, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh
- Karpet dari Shopee
- Langsir dan bidai tingkap dari kedai langsir Hoyin Home Decor, Ipoh
Frame di-design sendiri dan dicetak di kedai, kemudian beli kayu dan potongkan mengikut saiz frame. Akhir sekali, tampal menggunakan stapler gun.
Sofa dari Larva Home Furniture, Jalan Kampar, Ipoh.
Mozek berukuran 2 x 2.
Biar lambat untuk mencapai apa yang kita idamkan, asalkan kita akan tetap mendapat kepuasan pada akhirnya nanti.
Kredit: Mufadzilah Jilah N Nazrun