Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Rumah Bersepah Dan Kotor Berubah 100%. Macam Tak Percaya!
    Idea Dekorasi

    Rumah Bersepah Dan Kotor Berubah 100%. Macam Tak Percaya!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 17, 2020No Comments1 Min Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Dilema bagi mereka yang baru memiliki rumah sendiri, pasti sibuk memikirkan bermacam-macam dekorasi dan idea-idea untuk menghiasi rumah yang kosong itu. Sama juga seperti pasangan suami isteri Iqin dan Firdaus, tetapi keadaan rumah mereka sangat mengejutkan kerana terlalu bersepah dan kotor. Memandangkan mereka baru sahaja bertunang sewaktu membeli rumah itu, bajet yang disimpan tidak cukup untuk membeli rumah baru yang lebih baik keadaannya. Walaupun keadaan rumah ini dilihat sangat teruk, namun harus diturutkan saja kerana harga rumah yang jimat sebanyak 60-70K berbanding harga dalam pasaran. Selepas berkahwin dan berpindah masuk, baru lah mereka merancang untuk menambahbaik dan mengubahsuai dalaman rumah yang tidak menyenangkan itu. Pasangan ini memilih konsep minimalis kerana tidak menyukai ruang yang penuh dengan barang dan hanya menempatkan aksesori-aksesori yang perlu sahaja.

    Sudah lebih kurang 4 tahun mereka mendiami rumah ini. Tetapi untuk mendapatkan hasil yang mereka usahakan, mereka melalui fasa-fasa yang penuh cabaran kerana status mereka waktu itu yang baru mendirikan rumahtangga, yang semestinya memerlukan keadaan kewangan yang stabil. Kini, mereka boleh menarik nafas lega apabila melihat rumah yang telah berubah 100% hasil kesabaran masing-masing. Disertakan sekali gambar sebelum dan selepas rumah pasangan ini yang dijamin akan membuatkan mata kita tidak berkelip.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Iqin Razak

    idea ubahsuai rumah kosong inspirasi deko transformasi rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY ‘Vanity Mirror’ Bajet Rendah Guna Barang Sedia Ada
    Next Article Idea Deko Ruang Tamu & Ruang Makan Untuk Peminat Grey

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.