Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Selesai ‘Makeover’ Bilik, Dinding Dideko Guna Accent Wall Cara Paling Bajet
    Bilik Tidur

    Selesai ‘Makeover’ Bilik, Dinding Dideko Guna Accent Wall Cara Paling Bajet

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 7, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Jika anda masih mengingati perkongsian tentang ‘makeover’ bilik tidur beserta bilik stor sebelum ini, kali ini pemiliknya telah menambah sedikit dekorasi pada dinding di kepala katil atas cadangan ahli group deko di Facebook. Disebabkan dia kurang menggemari aksesori yang berserabut, ditambah dengan bajet yang agak terhad, dia menjalankan projek deko dinding accent wall dengan cara paling bajet iaitu berbekalkan RM 50 sahaja.

    VIEW IN GALLERY

    Harga kayu wainscoting di kedai hardware yang dikunjunginya mencapai ratusan ringgit. Begitu juga dengan kayu syiling yang berharga RM 2.50 sebatang, tidak termasuk gam kayu dan sealer. Kemudian, dia mendapat idea apabila terlihat seseorang membeli casing wayar elektrik. Sebatang berharga RM 1.60 dan dia membelinya sebanyak 16 batang. Jadi, jumlah modal deko kali ini hanya RM 25.60.

    VIEW IN GALLERY

    Potongkan casing dan tampalkan pada dinding dengan skru bersaiz kecil. Caranya, buka dahulu penutup casing di atas dan skrukan. Setelah siap, tutup semula penutup casing, kemudian cat. Skru dan cat sudah sedia ada di rumah.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Rod langsir beserta tapak berharga dalam belasan ringgit dari IKEA.

    VIEW IN GALLERY

    Cadar berharga RM 38 – RM 120 dari Shopee. Airond menggunakan cat spray dari Mr. DIY.

    VIEW IN GALLERY

    Ampaian dibuat sendiri menggunakan kayu pine dari kedai hardware. Sebatang besar berharga RM 14 dan boleh dipotong kepada 3 keping dan dijadikan sebuah ampaian. Jadi, modal yang digunakan hanya RM 14.

    Kreatif, bukan? Rupanya tidak jauh beza dengan accent wall yang menggunakan kayu. Untuk anda yang inginkan dekorasi dinding dengan cara yang bajet juga, idea ini sesuai untuk anda.

    Kredit: Suri Hatimu

    deko dinding accent wall idea deko bilik idea diy accent wall
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Rumah Apartment, Nampak Simple & Selesa Walaupun Mewah
    Next Article Pasangan Ini Deko Sendiri Ruang Tamu Rumah Teres Kos Rendah Cara Bajet

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.