Pasangan Ini Deko Sendiri Ruang Tamu Rumah Teres Kos Rendah Cara Bajet

Mohon share tanda suka

Setiap orang inginkan keselesaan dalam rumah bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Tambahan pula jika mereka merupakan keluarga kandung kita. Disebabkan itu, Nurul Shamira, dibantu oleh suami mendeko sendiri sebuah rumah teres kos rendah dengan cara bajet untuk datuk dan neneknya. Mereka mengambil masa selama seminggu untuk mendeko rumah ini dengan gaya seminima yang boleh. Walaupun pada asalnya, dia inginkan konsep ‘bersepah’ seperti di IKEA namun memikirkan datuk dan neneknya yang akan tinggal di sini, dia membatalkan hasrat itu.

Kos yang dikeluarkan adalah dalam beribu, itu pun sudah banyak menjimatkan. Ruang laluan pula perlu besar untuk datuknya yang menggunakan kerusi roda. Mari lihat perkongsian sebelum dan selepas ruang tamu hasil deko suami isteri ini.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Jika mahukan hasil yang lebih cantik:

– Boleh skim dinding terlebih dahulu

– Jika ada bajet, boleh terus buat siling plaster. Dalam kes ini, suaminya agak sibuk tetapi benda sebegini ingin dilakukannya sendiri

– Mahukan hasil yang menawan, gunakan cat jenama Jotun Majestic

VIEW IN GALLERY

Cat jenama Jotun Majestic 5 liter berharga RM 150.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Meja dari IKEA. Jenis extendable kerana boleh ditarik menjadi meja 6 kerusi.

Semoga kediaman ini memberi keselesaan kepada mereka sekeluarga kerana mereka juga umpama ibu bapa kandung sendiri.

Kredit: Nurul Shamira

Tags: #deko bajet ruang tamu #deko simple ruang tamu #idea deko rumah

Dekorasi Bilik Anak Perempuan Yang Matang Dengan Gaya Tradisional Tona Coklat
Mohon share tanda sukaWalaupun untuk kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, dekorasi sebuah bilik
Dekorasi Rumah Berupa Farmhouse Ini Mengikut Bajet Hasil Inspirasi Pinterest
Mohon share tanda sukaMengambil masa lama dengan usaha gigih untuk menghias rumah memberi
Deko Rumah 1 Setengah Tingkat Berkonsepkan Farmhouse Moden Tema Earth Tone
Mohon share tanda sukaTragedi banjir hujung tahun 2021 tidak mematahkan semangat ramai pemilik
Deko Rumah 2 Tingkat Dengan Barang IKEA Lepas 3 Tahun Pindah, Impian Tercapai!
Mohon share tanda sukaPerasaan tidak terkata apabila sesuatu yang sudah lama diimpikan dan

Comments are closed.