Sekilas pandang seperti di luar negara, namun hakikatnya terletak di Melaka sahaja. Dipenuhi pokok besar dan tanah lapang, rekabentuk dan dekorasi sebuah rumah 2 tingkat ini adalah inspirasi gaya Spanish yang digabungkan bersama farmhouse, juga menggabungkan elemen peribadi/momento seperti foto keluarga dan cenderahati.
Dekorasi Rumah 2 tingkat Menggabungkan Gaya Spanish Farmhouse
VIEW IN GALLERY
Rekabentuk rumah yang mempunyai lanai merentasi seluruh rumah, memberikan ruang mencukupi untuk bersantai.
Pintu utama diperbuat dari wrought iron.
Foyer
Tingkap-tingkap besar membawa cahaya semulajadi ke dalam ruang.
Pemasangan lampu chandelier menggunakan sky motor (1 100kg untuk 3-tier, 2 50 kg di ruang tamu), membolehkannya bergerak atas dan bawah melalui alat kawalan jauh.
Siling coffered kurang kelihatan kerana bersiling tinggi (double void) dan dicat putih.
Pendiangan faux lebih kurang 1.5 m tinggi dan 1.9 m panjang.
Rak alcove, inspirasi dari salah satu ruang tamu Studio McGee:
1) Lengkung built-in – kontraktor rumah
2) Rak dan kabinet aluminium – kontraktor kabinet dapur
Pintu aluminium berlipat dinding-ke-dinding membolehkan ruang ‘berhubung’ dengan alam semulajadi.
Ruang tamu formal untuk dewasa, manakala kanak-kanak di bilik TV/mainan/keluarga.
Kerusi lengan rotan rustik custom-made.
Lumbar, throw pillow – @furn.kl
- Meja – @ashleyfurnituremalaysia
- Placemat rotan – @crateandbarrelme
- Pemegang lilin – @potterybarnmena
Kerusi – SSF
Tumpuan dapur kering adalah hob elektrik, penutup hood kayu, pot filler (@zizimimiandco).
- Backsplash:
1) Gaya Arabesque beige
2) Carrara herringbone – @jubincantik
- Rak rempah – @dd_woodcraft
Pantri
Seat tingkap sebagai tempat duduk tambahan selain sofa L, dan storan tambahan untuk mainan anak terutamanya yang besar.
Bilik Tetamu (Bawah)
Untuk ibu-ibu/warga tua. Selesa dengan katil queen di tengah (membolehkan akses dari kedua-dua belah) dan bilik air en suite.
Semua perabot termasuk duvet/cadar – IKEA
Dekorasi rumah 2 tingkat gabunan gaya Spanish Farmhouse ini cukup memukau bak istana dengan kehijauan yang indah!
Kredit: @ourspanishfarmhouse