Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»‘Serabut’ Lihat Kesan Kusam Akibat Minyak Pada Jubin Dapur, Baca Perkongsian Ini
    Dapur

    ‘Serabut’ Lihat Kesan Kusam Akibat Minyak Pada Jubin Dapur, Baca Perkongsian Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 16, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Seorang wanita di laman Facebook, Hani Norsini telah membuat perkongsian khas untuk sesiapa yang sedang merancang untuk membina dapur basah dan mempunyai tabiat berasa ‘serabut’ terpandang kesan kusam selepas mengelap percikan minyak pada jubin. Baca perkongsiannya di bawah ini.

    Jenis Jubin Dan Dapur Untuk Selesaikan Masalah Minyak Dengan Mudah

    VIEW IN GALLERY

    Sewaktu di awal pemilihan jubin, dia sememangnya menginginkan warna yang tidak terang dan tidak gelap, iaitu kelabu. Mengapa tidak memilih jenis berkilat? Nampak eksklusif sedikit. Jawapannya, disebabkan digunakan untuk memasak setiap hari, jenis frosted tetapi agak bersinar seperti ini menyelesaikan masalah minyak. Hanya lapkan sekali dengan kain lembap.

    Jenis berkilat pula mengambil masa yang lebih lama untuk jubin berkilat semula. Pasti akan ‘stress’ sepanjang memasak dan mengemas, kan. Oleh itu, baginya, jubin seperti itu hanya sesuai berada di ruangan dapur kering untuk orang sepertinya.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Bercerita perihal minyak, dia turut menambah mengenai dapur memasak iaitu jenis stainless steel (SS) dan tempered glass (kaca). Dia memilih jenis SS sebagai keselamatan dari kejadian dapur pecah. Bonusnya, dapur ini lebih mudah bersih dari kusaman minyak berbanding dapur kaca. Lapkan sahaja dengan kain lembap.

    Mengikut pengalaman menggunakan dapur ibunya, dapur kaca perlu dilap banyak kali. Bermula dengan kain lembap bersabun (cecair pencuci pinggan), bilaskan dengan kain lembap air paip, dan akhir sekali lapkan dengan kain kering untuk benar-benar berkilat semula.

    VIEW IN GALLERY

    Set dapur dan hood jenama Rubine berharga RM 2299 dari Shopee.

    Dari binaan kabinet dan pemasangan jubin serta dapur, semuanya dibuat sendiri oleh suaminya.

    Semoga membantu!

    Kredit: Hani Norsini

    idea dapur memasak idea jubin dapur penyelesaian mudah minyak di dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCara Deep-Cleaning Tilam Langkah Demi Langkah. Tak Perlu Angkat Jemur Luar
    Next Article Penggunaan Barangan Lama & Terpakai Sebagai Hiasan Kediaman Yang Menarik

    Related Posts

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    5 Cara Untuk Gayakan Dapur Neutral, Menambah Tarikan & Warna Dengan Bajet

    July 6, 2023

    Ubahsuai Dapur Berkonsepkan Tradisional Moden Terbuka Dengan Tema Putih

    June 26, 2023

    DIY Peg Rail Di Dapur Dengan Design Klasik, Timeless & Berfungsi. Bajet & Mudah!

    June 16, 2023

    Cara Mudah Untuk Mengecat Kabinet Dapur Tanpa Sanding. Transformasi Yang Bajet!

    June 9, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.