Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Suami Hasilkan Projek DIY Rak Sinki Dan Table Top Bajet Idaman Hati Isteri
    Dapur

    Suami Hasilkan Projek DIY Rak Sinki Dan Table Top Bajet Idaman Hati Isteri

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 9, 2021No Comments1 Min Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sempena hari ulangtahun perkahwinan, para suami boleh mencuba menghasilkan sesuatu yang menarik untuk isteri. Contohnya seperti projek DIY rak sinki dan table top cara bajet yang dikongsikan oleh seorang isteri, Hidayati. Projek ini boleh dikatakan sebagai hadiah awal ulangtahunnya dan suami, Zizan yang ke-8. Suaminya berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki rak sinki dan table top idaman hati. Disebabkan dapur rumah mereka agak kecil dan ruang juga sangat terhad, maka terciptalah idea untuk membuat rak bajet ini. Setelah lebih kurang 3 tahun membuat tinjauan termasuk kos, suaminya memilih untuk DIY sendiri sahaja rak tersebut.

    Ruang Sinki Dapur Sebelum

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dia hanya menggunakan meja banquet untuk meletakkan barangan dapur.

    Bahan-bahan yang digunakan beserta kos untuk rak berukuran lebih kurang 10 kaki adalah:

    • Dari IKEA (sewaktu promosi)

    – 3 buah para (2 unit) – RM 150

    – 2 buah tiang kayu (2 unit) – RM 40

    – 4 keping penutup/kaki kayu (2 unit) – RM 20

    • Dari Mudah.my

    – Sinki 2 mangkuk – RM 100

    Jumlah: RM 310

    Setelah Pemasangan Rak Dan Sinki Baru

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hasil DIY Rak Sinki Dan Table Top Bajet

    VIEW IN GALLERY

    Terdapat nilai sentimental yang lebih dalam sebuah hadiah apabila ia dihasilkan sendiri dari ‘air tangan’ orang tersayang.

    Kredit: Hidayati Bohkhari

    diy rak sinki & table top idea diy idea rak dapur bajet
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTransformasi Rumah Banglo Lama Kepada Bak Villa Konsep Moden & Minimal
    Next Article Hasil Dekorasi Bilik Gaya Simple Dan Kemas. Selesai Dalam 1 Hari Sahaja

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.