Suami mana yang tidak menyayangi isterinya, bukan? Setiap impian isteri akan mereka cuba untuk merealisasikannya walaupun dengan kudrat sendiri. Salah seorangnya ialah Mohd Rasul yang membina sendiri table top, kabinet barang dan kabinet gantung untuk ruang dapur di rumah mereka di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Hasil diy table top dapur pertukangannya ini dikongsikan oleh isterinya iaitu Yatie Hamdi.
Menurut Yatie, sebelum ini, sudah berpuluh tahun dia menggunakan almari untuk menyimpan barang. Hikmah PKP, akhirnya dapur impiannya telah terbina dengan kos dalam RM 1.5K. 15 hari masa diambil untuk suaminya menyiapkan diy table top dapur tersebut seorang diri. Yang penting, dapat menjimatkan banyak belanja berbanding mengupah orang yang pastinya mencecah beribu-ribu ringgit.
Sebelum
Bahagian atas di-skru terus ke dinding.
Proses Pembinaan Table Top dan Kabinet Dapur
Sebatang besi C Channel berharga dalam RM 27 – RM 35.
Semua dinding dan pintu kabinet menggunakan plywood berketebalan dalam 2 cm. Selepas itu, dicat dan dipasang.
Wayar lampu disembunyikan dalam border putih.
Hasil Pembinaan Sendiri Table Top dan Kabinet Dapur
Table top kabinet dapur diperbuat dari simen dan kemasan mozek menjadikan tablet top lebih sempurna.
Melihatkan dapur bertambah kemas, pasti si isteri berasa sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan suami.
Kredit: Yatie Hamdi