DIY, Idea Kreatif, Perabot

Tak Mahu Bazir Beli Kayu, DIY Meja Konsol Ini Guna Bahan Yang Sedia Ada Sahaja

Apabila perlu ‘berkurung’ di dalam rumah, tambahan pula pada musim sekarang ini, pasti otak akan mula berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan kebosanan dan tekanan. Begitu juga dengan pakar DIY kreatif inspirasi ramai iaitu Nani’s Makeover yang berkongsi hasil DIY-nya yang seterusnya iaitu sebuah meja konsol. Katanya melalui FB group ‘Kelab Deco Rumah’, dia sudah lama menginginkan meja seperti ini tetapi tidak mahu membazir untuk membeli kayu.

Maka seperti biasa, dia menggunakan dan memilih apa sahaja bahan yang ada mengikut kemampuan. Walaupun dibuat secara beransur-ansur dek kekangan cuaca, inilah rupa hasil meja konsolnya.

Proses DIY Meja Konsol

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Gosok kayu menggunakan mesin sanding.

VIEW IN GALLERY

Gunakan cat air jenama Seamaster dan sapukan sedikit-sedikit sahaja supaya kelihatan buruk. Selepas itu, sapukan cat clear supaya sedikit berkilat.

Hasil DIY Meja Konsol Guna Bahan Yang Ada Sahaja

VIEW IN GALLERY

Berukuran lebih kurang 4 kaki panjang dan 1.5 lebar.

Pokok olive di-DIY menggunakan daun palsu dari Shopee dan ranting pokok limau, manakala pasu dari periuk.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Hargai apa yang kita ada selagi ianya boleh membuatkan kita bahagia.

Kredit: Nani’s Makeover