Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Tak Mahu Berbelanja, Idea DIY Pasu Dari Kotak Ini Sangat Kreatif
    DIY

    Tak Mahu Berbelanja, Idea DIY Pasu Dari Kotak Ini Sangat Kreatif

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 24, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Teringin nak meletakkan pasu-pasu dan tempayan besar di rumah tetapi tidak mahu berbelanja untuk sebuah pasu yang mahal? Idea kreatif dari Nani’s Makeover ini pasti membantu anda kerana dia juga tidak gemar berbelanja untuk sesuatu yang fungsinya sekadar dipandang mata. Bersesuaian dengan konsep isi rumahnya yang dihias dengan hiasan hasil tangan sendiri menggunakan segala barang yang sedia ada, pasu ini juga tidak terkecuali. Selepas teknik bancuhan cat dan soda bikarbonat pada sebuah tong kosong berjaya, kaedah yang sama akan digunakan sebagai finishing projek DIY pasu kotak ini.

    Namun, idea suaminya untuk menggunakan simen gam menjadi pilihannya. Kebetulan, kedua-dua bahan tersebut adalah lebihan dari kerja suaminya. Projek DIY ini paling lama untuk disiapkan iaitu selama sebulan lebih kerana dia mendahulukan kerja yang lain dan sering ‘try and error’ untuk kaedah finishing pada barang yang lain.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk bahagian bawah, potongkan kotak mengikut saiz yang diingini.

    VIEW IN GALLERY

    Lekatkan tiang bulatan menggunakan gam pistol. Saiz mengikut citarasa masing-masing berdasarkan ukuran pasu yang diingini.

    VIEW IN GALLERY

    Buatkan bahagian badan pasu mengikut ukuran yang diperlukan berdasarkan saiz yang diingini.

    VIEW IN GALLERY

    Cantumkan badan pasu ke tiang bulatan.

    VIEW IN GALLERY

    Penuhkan.

    VIEW IN GALLERY

    Buatkan 2 saiz iaitu tinggi dan rendah.

    VIEW IN GALLERY

    Cantumkan kedua-dua bahagian.

    VIEW IN GALLERY

    Tutupkan ruang kosong menggunakan selotep.

    VIEW IN GALLERY

    Bancuhkan gam putih dengan sedikit air menjadi sederhana cair dan rendamkan (sekadar basuh) tisu dapur di dalamnya. Kemudian, balutkan keseluruhan pasu dengan rendaman tisu tersebut.

    VIEW IN GALLERY

    Hydroment 425 jenama Bostik dan simen gam anggaran harga RM 80. Bancuhan untuk layer pertama memadai sederhana cair dan sedikit pekat untuk layer ke-2. Tiada nisbah bancuhan, ikut keselesaan dan keperluan.

    VIEW IN GALLERY

    Sapukan ke pasu menggunakan berus cat. Ini adalah rupa tekstur permukaan untuk lapisan ke-2. Boleh menggunakan simen warna jika mahukan warna lain.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas kering.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Nani’s Makeover

    diy pasu idea diy kreatif projek diy pasu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeko Dapur Hitam Putih Dengan Penggunaan Kabinet Gabungan Besi & Tin
    Next Article Persis Hotel 5 Bintang, Transformasi Bilik Stor Kepada Bilik ‘Hotel Bajet’ Tetamu

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.