• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Bilik Tidur

Tak Tahu Macam Mana Nak Design Bilik Anak Dengan Kreatif? Baca 5 Tips Ini

Tak Tahu Macam Mana Nak Design Bilik Anak Dengan Kreatif? Baca 5 Tips Ini
Nurul Husna MD
November 10, 2020
Mohon share tanda suka

Masih ada yang keliru dan mencari-cari idea untuk design bilik anak-anak? Boleh baca 5 tips di bawah ini untuk anda mendapatkan idea atau gambaran dalam mewujudkan bilik tidur yang menarik dan kreatif. Anak-anak juga mungkin akan lebih memilih untuk duduk dalam bilik sendiri berbanding tidur bersama ibu bapa.

VIEW IN GALLERY

  1. Tahu minat, kehendak dan hobi anak-anak anda. Kemudian, design sesuatu yang berkaitan dengan minat mereka supaya bilik tersebut akan menjadi ruang peribadi yang mencerminkan diri mereka. Sebagai contoh, jika anak minat dengan angkasa lepas, masukkan elemen planet, bima sakti atau bintang. Jika minat kereta, masukkan elemen automotif yang sesuai, begitu juga dengan minat dan hobi yang lain. Ini akan menarik mereka untuk berada dalam bilik sendiri.

VIEW IN GALLERY

  1. Pilih warna yang boleh meransang minda, penglihatan dan minat mereka. Warna yang terlalu matang seperti hijau olive atau coklat kurang sesuai. Sebaliknya, warna seperti kuning, merah atau biru mampu meransang minda dan idea kreatif mereka. Gabungkan beberapa warna berikut untuk memenuhi konsep dan tema bilik tersebut.

VIEW IN GALLERY

  1. Pemilihan perabot dan aksesori harus bersesuaian dengan umur anak. Jadikan bilik itu seperti taman permainan untuk mereka. Saiz, perabot yang tidak berbucu tajam dan mempunyai ciri-ciri keselamatan sangat sesuai untuk design bilik mereka.

VIEW IN GALLERY

  1. Pilih cat yang bersesuaian. Sebagai contoh jenama Nippon Paint. Nippon Paint mempunyai beberapa jenis cat yang sesuai untuk bilik kanak-kanak antaranya, Nippon Paint Air Care (menukar udara menjadi lebih bersih) dan Nippon Paint Virus Guard (memelihara dinding dari serangan bakteria dan virus memandangkan kanak-kanak gemar menyentuh dinding dan barang-barang). Cat ini juga sesuai kerana ia rendah VOC dan tidak berbau.

VIEW IN GALLERY

  1. Masukkan elemen yang menarik seperti kubu, dinding yang boleh diconteng, khemah atau istana untuk mewujudkan penceritaan dalam bilik tersebut. Imaginasi kanak-kanak sangat tinggi dan berkembang jadi, penceritaan yang diadaptasi dalam design mampu menjadikan bilik itu sebuah ruang fantasi pada mereka.

Kredit: Ben Firdaus Azraai

Related Itemsidea bilik tiduridea deko bilik anaktips design bilik kanak-kanak
Bilik Tidur
November 10, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea bilik tiduridea deko bilik anaktips design bilik kanak-kanak

More in Bilik Tidur

Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush

Nurul Husna MDJune 23, 2022
Read More

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Ubahsuai Stor Jadi Bilik Serbaguna Untuk Kerja & Rehat, Bilik Anak & Bilik Belajar

Nurul Husna MDJune 9, 2022
Read More

Transformasi Bilik Tidur Jadi Lebih Luas, Hasil Design & Pembinaan Oleh Jiran

Nurul Husna MDJune 2, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Bilik Tetamu Gaya Maskulin Moden Dengan Accent Wall Corak Hexagon
    Bilik TidurMay 27, 2022
  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

Guna Khidmat Kontraktor Dari Kampung Je, Tapi Hasilnya Sangat Tip Top!
DIY Mudah Dan Jimat Hiasan Dinding Guna Batang Aiskrim Je
  • facebook
  • twitter
  • whatsapp