Jika ruang dapur dipenuhi dengan barang-barang dan perkakas-perkakas dapur, sudah pasti ia memerlukan ruang penyimpanan yang banyak agar dapur kekal kemas. Boleh buat sendiri sahaja dengan menggunakan rak buku untuk dijadikan kabinet dapur sebagai storage tambahan di ruang tersebut. Tetapi, kalau anda mahukan fungsi yang extra, tambah hydraulic spring pada kabinet tersebut. Mardiana Ariffin menerusi FB group deko berkongsi hasil kerja suaminya iaitu Zulkifli Ahmad yang menambah kabinet ini pada dinding beserta dengan hydraulic.
Cat dinding menggunakan jenama Nippon Paint warna Ultra Blue, bersesuaian dengan warna kabinet. Setelah selesai, hanya tinggal untuk menghias ruang dapur. Inilah hasil rak buku yang dijadikan kabinet dengan hydraulic sebagai storage tambahan untuk barangan dapur.
Rak buku 3 pintu dengan 5 compartment storage jenama Pamica berharga RM 89.90 dari Shopee.
Bracket L dibuat sendiri oleh suami di kilang, untuk melekatkan kabinet ke dinding. Boleh juga dapatkannya di kedai hardware, Mr. DIY atau Shopee.
Bahagian yang ingin diletakkan bracket dipotong sedikit supaya kabinet ini terus rapat ke dinding apabila dipasang. Setelah selesai memasang, bahagian lubang yang dipotong tadi ditampal dengan gam silikon supaya cicak atau lipas tidak boleh masuk untuk membuat sarang.
Alatan hydraulic berharga RM 1.90 – RM 3.80 dari Shopee.
Kalau inginkan kabinet dengan deko bajet mengikut kemampuan sendiri, boleh cuba idea ini supaya ruang dapur anda tidak nampak bersepah.
Kredit: Mardiana Ariffin